JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Rabu, 30 Mac 2011

BERFANTASI SEKS SETIAP 2 JAM - ANDA SEBENARNYA KETAGIHAN...!!!

(Foto: gettyimages)

DULU, kita selalu menyebut bahawa lelaki yang gemar bertukar-tukar pasangan adalah playboy. Namun kini, lelaki yang kerap curang dan membohongi pasangannya akan diberi gelaran penagih seks.

Baik lelaki mahupun wanita, batasan antara nafsu seksual yang sihat dan ketagihan sebahagian didasarkan pada seberapa banyak waktu yang seseorang habiskan untuk aktiviti seks dan fantasi seks. Definisi tersebut dilontarkan oleh Patrick Carnes, terapi seks Pine Grove Behavioral Health and Addiction Services di Hattiesburg.

"Jika Anda menghabiskan lebih dari 14 jam seminggu atau dua jam sehari untuk melakukan aktiviti seksual, seperti menjelajahi laman porno atau mendatangi tempat pelacuran, Anda berada di kisaran adiktif," kata Dr Alan Grieco, psikologi yang berbasis di Orlando.

Ketagihan seks jelas merupakan pukulan menyakitkan bagi banyak orang. Sayang, seperti dinyatakan Ginger dan terapi seks lainnya, sebahagian besar klien tidak mendapatkan pengubatan hingga perilaku seksual mereka telah menghancurkan kehidupannya, termasuk merosakkan pernikahan, mengurangkan pendapatan, atau bahkan dipenjara.
  • Sebahagian besar adalah lelaki
Sementara sebahagian penagih seks adalah wanita, lelaki hampir tiga kali lebih mungkin untuk jatuh ke dalam kategori tersebut. Para ahli mengatakan bahawa 75-80 peratus pesakit yang mencari pengubatan untuk ketagihan seks adalah lelaki.

"Menurut pendapat saya, monogami tidak datang secara alami pada kebanyakan lelaki. Kita dapat menghindarinya, tapi memerlukan perjuangan. Jika seorang wanita seksi mendekati seorang lelaki, maka lelaki tersebut akan berfikir ia boleh melewatinya dengan menikah atau kalau tidak, ia akan pilih berhubungan seks,” tambahnya, seperti dikutip dari Third Age.

Dr Alan mengatakan bahawa atlet dan lelaki dengan high profile seperti politikus akan dikelilingi dan tergoda oleh wanita.

"Kesempatan ini jelas menampakkan kelemahan lelaki. Pada dasarnya, semua lelaki itu lemah, hanya beberapa yang memiliki batasan yang kuat. Tapi bagi lelaki muda, yang memiliki tingkat keberhasilan dan kesempatan, banyak godaan di luar sana," katanya. 
  • Perlu sokongan
Terlepas dari jenis pengubatan, penagih seks seperti penagih yang lainnya sering mengalami kekeliruan. Masalahnya, mereka tidak pernah boleh melepaskan bayang-bayang porno dalam fikiran yang mereka buat sendiri, apakah itu berupa gambar atau pengalaman bersama orang lain.

"Anda tidak boleh mengeluarkannya dari fikiran. Banyak penagih seks yang saya tangani mengatakan, ‘Bayangan itu selalu ada sepanjang waktu. Bahkan jika saya sudah mengawal perilaku, saya harus terus-menerus melihat fikiran saya," kata Lake Mary, terapi seks berkelulusan tersebut.

Kunci untuk mengubati ketagihan terletak pada sokongan orang sekeliling, yakni sekelompok orang yang telah berjaya keluar dari masalah yang sama.

"Diperlukan keberanian yang luar biasa untuk bertemu dengan orang asing dan berkata, 'Hallo, nama saya John, dan aku seorang penagih seks'. Bebannya tidak seberat penagih dadah dan alkohol di mana banyak orang yang berjaya melaluinya. Ketagihan seks adalah bentuk paling memalukan dari semua ketagihan," jelas Ginger.

"Anda perlu sokongan dari seseorang yang berkata, 'Aku di sini, aku punya pengalaman yang sama denganmu. Ada baiknya, Anda memiliki sokongan sebelum menjalani terapi pengubatan," tambahnya.

Beberapa pakar terapi mengubati pesakit dengan terapi bicara, terapi kognitif-perilaku dan antidepresan untuk menumpulkan dorongan seksual.

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan