JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Sabtu, 25 Disember 2010

WAJAH WANITA CEPAT TUA KERANA KOMPUTER...???

Seorang pakar kecantikan mengingatkan wanita bahawa mereka berisiko menjadi lebih cepat tua jika duduk di depan komputer terlalu lama.

Dr Michael Prager, pakar Botox, yang menghabiskan hari-harinya 'melumpuhkan' wajah dengan neurotoxin mengatakan bahawa perempuan mengembangkan sesuatu yang disebut 'wajah komputer' jika duduk seharian di depan komputer mereka.


Para pekerja pejabat merupakan orang-orang yang paling mungkin menunjukkan tanda-tanda penuaan ini. Pasalnya, aktiviti di depan komputer seperti mengerutkan kening atau menjulingkan mata ketika Anda berkonsentrasi pada skrin, membuat wanita berisiko terkena penyakit tersebut.


"Apa yang mungkin lebih mengejutkan adalah jumlah wanita dengan rahang kendur kerana mereka duduk di satu posisi begitu lama," katanya kepada
Telegraph.

Prager mengatakan bahawa perempuan berusia 20-an yang telah menghabiskan waktunya menggunakan komputer di tempat kerja selama satu dekad terakhir akan tampak seperti wanita tua dalam waktu 10 tahun mendatang.


Namun demikian, dia juga memiliki beberapa langkah sederhana yang dapat membantu mencegah 'wajah komputer' tersebut, seperti istirehat dan peregangan otot-otot leher. Sebagai ahli botox, dia juga memberi pendapat agar wajah wanita disuntik neurotoxin supaya terlihat muda kembali.

1 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

zaira berkata...

alaaaaaaa tak best la mcm niiiiiiii

Catat Ulasan