JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Khamis, 30 Disember 2010

TRANSPLANTASI SUMSUM BOLEH UBATI AIDS...???

Detail Berita
 
PARA pengkaji telah menemukan kaedah baru dalam menyembuhkan pesakit HIV/AIDS dengan cara transplantasi sumsum tulang. Namun, cara ini masih menimbulkan kontroversi dan pro-kontra di kalangan para kedoktoran.

Sejumlah pegkaji dari Jerman yang menggunakan transplantasi sumsum tulang untuk mengubati penderita kanser dengan virus HIV/AIDS telah menyatakan bahawa mereka berhasil menyembuhkan pesakit dari virus yang mematikan tersebut. Klaim yang menakjubkan di dunia kedoktoran di mana kata “sembuh” sebelumnya hampir tidak pernah terdengar.

Sang pesakit yang terinfeksi HIV dan leukemia menerima transplantasi sumsum tulang pada 2007 dari donor yang memiliki mutasi genetik yang dikenali untuk memberikan pesakit suatu kekebalan alami terhadap virus tersebut.

Hampir empat tahun setelah transplantasi, pesakit terbebas dari virus dan tidak ditemukan bersembunyi di manapun dalam tubuhnya.

“Dari hasil yang kami dapatkan sangat nyata bahawa penyembuhan HIV telah dicapai pada pesakit ini,” tulis Thomas Schneider dari Charite Berlin Hospital di Berlin, Jerman, dan rakan-rakannya dalam jurnal ilmiah Blood.

Peneliti AIDS sebelumnya telah menolak pendekatan pada setiap jenis skala untuk pesakit dengan HIV. Transplantasi sumsum tulang sendiri merupakan pengubatan terakhir untuk jenis kanser seperti leukemia.

Tekniknya dengan melakukan penghancuran sumsum tulang pesakit itu sendiri, yang memang  suatu proses yang sungguh mengerikan.

1 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

AkuBiomed berkata...

Masih lagi ada perdebatan walaupun kes ini berjaya kerana risiko untuk hidup selepas pemindahan adalah rendah dan ia masih berisiko tinggi

Catat Ulasan