JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Rabu, 8 Disember 2010

TITANIC TENGGELAM KERANA KESALAHAN CARA MENGEMUDI...!!!

Kapal Titanic karam setelah melanggar gunung ais pada tahun 1912 adalah kerana kesalahan pada cara pengemudiannya dan tenggelam dengan cepat kerana para anak kapal (waktu itu) bertegas untuk tetap meneruskan pelayaran, ujar seorang penulis.

Louise Patten, seorang penulis dan cucu dari perwira kedua Titanic, Charles Lightoller, mengatakan kebenaran mengenai apa yang terjadi 100 tahun yang lalu.

"Sebenarnya mereka boleh dengan mudah mengelak gunung ais, jika tidak melakukan kesalahan," ujar Patten.

"Ketika mengetahui bahawa ada gunung ais, sang pengemudi Robert Hichins menjadi panik dan mengemudikannya ke arah yang salah," kata Patten.

Lightoller, perwira senior yang selamat dari bencana tersebut, menutupi kesalahan tersebut kerana takut apabila melakukan pengakuan, pasti akan membuat White Star Line (perusahaan kapal yang meluncurkan Titanic) muflis dan membuat anak-anak kapal tersebut dipecat.

Patten menambahkan, bahawa kerana kesalahan mengemudi, mereka hanya memiliki waktu 4 minit untuk berganti arah dan perwira pertama Murdoch melihat kesalahan dari Hitchins. Ketika mereka berusaha untuk mengganti arah, mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana sudah terlambat.

Datuk dari Patten tidak ada di anjungan ketika pelanggaran terjadi, tapi ia ada di pertemuan terakhir sebelum kapal Titanic tenggelam.

Charles Lightoller mendengar tidak hanya kesalahan sahaja, tetapi juga faktanya bahawa ketua pemilik dari White Star Line berdegil untuk tetap melakukan pelayaran, yang malahan telah menenggelamkan kapal tersebut dengan lebih cepat.

"Kalau saja para anak kapal tidak berdegil untuk tetap meneruskan pelayaran, maka setidaknya Titanic masih boleh mengapung lama sampai bantuan datang dan tidak perlu ramai orang kelemasan dalam kejadian tersebut," tutup Patten.

Louise Patten yang melakukan pengakuan ini juga baru melancarkan novel terbarunya yang berjudul 'Good as Gold'.

1 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

cik lola berkata...

thx untk new info ni...cik mmg sngt2 brminat dgn history titanic

Catat Ulasan