JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Rabu, 1 Disember 2010

TIDUR KURANG DARI 6 JAM PERCEPAT KEMATIAN...???

Para pengkaji menganjurkan waktu tidur yang ideal adalah lapan jam setiap hari. Jika waktu tidur kurang dari enam jam maka akan berisiko memendekkan usia.

Dipetik melalui Guardian, meskipun waktu tidur dianjurkan lebih dari enam jam, namun para pengkaji juga tidak menganjurkan untuk tidur dalam waktu yang lama kerana hal itupun akan menyebabkan masalah besar dalam tubuh.

Pengkajian yang diadakan oleh para peneliti dari Inggeris dan Itali telah menganalisa data dari 16 kajian yang dilakukan di Eropah, Amerika dan Asia selama 25 tahun. Kajian tersebut melibatkan kira-kira 1.3 juta orang dan memperolehi 100,000 kes kematian.

Dalam kajian tersebut telah ditemui, masyarakat yang tidur kurang dari enam jam setiap malam memiliki risiko meninggal dunia 25 tahun lebih dulu berbanding mereka yang tidur selama lapan jam sehari.

Anehnya, kesempatan untuk meninggal dunia lebih dulu ini juga akan terjadi bagi mereka yang tidur selama lebih dari sembilan jam. Ertinya, para pengkaji juga menganggap waktu tidur yang cepat akan memiliki risiko yang sama dengan mereka yang tidur lebih dari sembilan jam.

"Jika tidur dalam waktu singkat mampu memburukkan kesihatan maka waktu tidur yang lama juga akan lebih memburukkan kesihatan anda," ujar Profesor Fransesco Cappucio, ketua pasukan pengkaji gabungan antara University of Warwick dan Federico II University.

Cappuccio mengatakan, era moden menuntut masyarakat untuk semakin aktif bekerja dan bersosial sehingga melupakan waktu untuk tidur. Bahkan banyak dari masyarakat yang tidur kurang dari enam jam kerana tekanan hidup, khususnya mereka yang telah menjadi karyawan sepenuh masa dari sebuah perusahaan, serta waktu kerja yang cukup panjang. Oleh kerana itu, wajar jika kemudian kesihatan terganggu kerana waktu tidur yang tidak mencukupi.

"Dianjurkan waktu tidur benar-benar harus di atas enam jam dan tidak lebih dari lapan jam. Hal ini memungkinkan tubuh akan beristirehat dengan optimal dan mempengaruhi kesihatan juga. Durasi tidur ini dipengaruhi juga oleh faktor kebiasaan dan kondisi lingkungan," ujar Cappuccio.

Dari jumlah responden, kira-kira 12 peratus mengaku tidur kurang dari enam jam setiap malam.

MORAL UNTUK AKU : Aku punya tido kira ok la 9 jam sehari...hahahakuketawa...!!!

1 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan