JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Jumaat, 24 Disember 2010

[ SUBARU ] - LANCARKAN IMPREZA WRX STI VERSI SPEC - C...!!!

Impreza WRX STI spec C
Setelah baru-baru ini menghadirkan WRX STI edisi khusus, Fuji Heavy Industri kembali menghadirkan model istimewa.

Pasaran domestik Jepun kini dihidangkan dengan kedatangan Subaru Impreza WRX STI. Namun, yang membuatkannya istimewa adalah terdapatnya perubahan di bahagian enjin dan  rekabentuk sehingga Subaru menamakannya Impreza WRX STI spec C.

Model tersebut menggunakan mesin boxer berkapasiti 2,000 cc turbocharged. Subaru mengatakan, enjin tersebut telah menerima upgrade pada bahagian turbo dan ECU yang telah di-remap sehingga dapat menghasilkan tenaga sebesar 308 hp dan tork maksimum 430 Nm.
 

Untuk lebih stabil, kenderaan ini juga dilengkapi nimbler handling, penguatan kepada cross members untuk suspensi depan, dan limited slip differential pada bahagian belakang.

Tidak cukup dengan itu, agar ia mempunyai kestabilan yang sempurna, digunakan tayar Bridgestone Potenza RE070 berukuran 245/40R18 beserta rim 18 inci baru yang ringan namun kuat. Impreza Spec C ini juga telah diringankan, dengan menggunakan penutup enjin aluminium dan kaca laminted yang ringan untuk cermin depan dan tepi.

Bahagian lain yang telah ditukar adalah ekzos bahan bakar, kaliper brek Brembo yang dilabel dengan warna emas, serta satu set kerusi Recaro sebagai aksesori tambahan.

"Menggunakan basis Impreza WRX STI, sebagai ikon Subaru, WRX STI spec C hadir dengan menggunakan enjin dan performance serta body yang ringan. Oleh itu, ia akan memperkuatkan kehadirannya di arena model berprestasi tinggi dengan memberikan sensasi pengemudian yang unik khas hanya dari Subaru," tulis Subaru dalam siaran sidang medianya.

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan