JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Jumaat, 24 Disember 2010

[ STOP...!!! ] - PURA-PURA ORGASME...???

Detail Berita
 
DALAM kehidupan seksual sepasang suami isteri, kepuasan kedua-dua belah pihak haruslah saling menjadi prioriti. Namun kadang-kadang tidak sedikit pun seorang wanita berpura-pura orgasme ketika melakukan hubungan intim.

Berbagai-bagai faktor menjadi penyebab seorang wanita melakukan tindakan salah tersebut. Bahkan, tidak sedikit pun wanita mengaku melakukannya kerana takut sang suami tidak mendapatkan hubungan seks yang sempurna.

Sebenarnya apakah alasan wanita berpura-pura orgasme? Berikut ini adalah alasannya:

1. Tidak ingin mengecewakan pasangan

Kadang-kadang seorang wanita harus berpura-pura orgasme kerana takut mengecewakan pasangannya. Banyak lelaki yang merasa kurang kepuasan orgasme jika melihat pasangannya tidak mengalami hal yang sama.

2. Lelah

Faktor kelelahan juga menjadi suatu penyebab dalam hubungan seksual suami isteri. Ramai wanita mencuba untuk melakukan helah orgasme agar sang suami segera orgasme juga. Tidak mahu mengecewakan pasangan atau dimarahi kerana menolak berhubungan intim, meskipun lelah, membuat helah ini juga menjadi sebab utama merebaknya kebiasaan kepura-puraan berorgasme.

3. Wanita tersebut hanya ingin mencari keintiman, bukan orgasme

Kadang-kadang seorang wanita tidak ingin melakukan hubungan badan, namun hanya ingin mencari keintiman belaka. Namun, risiko bahawa keintiman memang menjadi jalan utama bagi pencapaian orgasme membuat seorang wanita harus dihadapkan kepada kepura-puraan orgasme ketika melakukan hubungan intim.

4. Kehilangan minat melakukan hubungan seksual
 
Kadang-kadang juga wanita tidak ingin sama sekali melakukan hubungan seksual. Namun kerana beberapa hal, mereka harus dihadapkan pada rutin perkara tersebut. Hal inilah yang menyebabkan seorang wanita harus berpura-pura orgasme.

Namun, dengan dasar apapun sebaiknya Anda mulai menghilangkan kebiasaan berpura-pura orgasme. Sesuai dengan tujuan awal bahawa hubungan seksual itu harus memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak, tentu hal tersebut sangat tidak dibenarkan.

Anda harus jujur mengatakan kepada pasangan Anda. Komunikasilah dalam menangani permasalahan seksual Anda. Anda boleh mengatakan kepada pasangan Anda cara termudah untuk mencapai orgasme kepada diri Anda. Tidak perlu malu dan takut untuk mengatakan kepadanya apabila cara lain, seperti oral seks boleh membuatkan Anda orgasme.

1 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Chuckie Cotton berkata...

It is very sad when you finally found out that your wife is actually faking her orgasm. Might be maybe because of you're not good enuf.


Join Exabytes Angel Program now and get RM50 bonus upon sign up.
http://exabytes.com.my/partners/angel/

Catat Ulasan