JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Rabu, 1 Disember 2010

STOP...!!! Perokok Dilarang Cium Anak-Anak

Aktiviti merokok telah lama diketahui akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan. Tidak hanya kepada orang yang merokok tapi juga orang di sekelilingnya.

Profesor Robert Booy dari National Centre for Immunisation and Research, sebuah rumah sakit anak di Sidney Australia mengingatkan agar para perokok sebaiknya jangan pernah sesekali mencium anak kecil.

Menurutnya, ciuman seorang perokok pada anak kecil boleh mendatangkan kematian. Ini kerana ciuman perokok mampu menghantar bakteria yang menyebabkan penyakit Meningitis

Straits Times telah menulis, satu dari 10 bayi meninggal adalah kerana penyakit Meningitis. Penyakit tersebut merupakan peradangan yang terjadi pada meningis, iaitu membran atau selaput yang melapisi otak dan saraf tunjang.

Virus dan bakteria menyebar masuk ke dalam darah dan berpindah ke dalam cairan otak. Bila seorang perokok mencium bayi dan anak-anaknya, kemungkinan boleh diserang virus dan berkembang di dalam tubuhnya.

"Merokok juga tidak hanya berisiko pada anak-anak tapi juga pada orang dewasa yang menjadi perokok pasif," kata Booy.

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan