JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Rabu, 29 Disember 2010

SIKAP ANEH WANITA DI FACEBOOK...!!!

Detail Berita

KEPOPULARAN laman sosial seperti Facebook sehingga Twitter ternyata mampu mengubah trend yang sudah ada sebelumnya, termasuk mengenai soal percintaan. Ada yang memberi impak positif dan begitu juga sebaliknya.

Kemajuan teknologi memang memberi pengaruh kepada hubungan percintaan. Begitu yang diungkapkan Dr Seth Meyers, seorang pakar hubungan dan penulis buku terbaru "Dr Seth's Love Prescription".

Saat Anda mendapati kelakukan aneh kaum wanita di Facebook, maka Dr Seth memberikan tips mengenai aksi-aksinya.

1. Jika Anda mulai mengungkapkan tanggapan tentang wall Facebooknya, lebih baik hentikan. Kerana menurut Dr Seth, begitu Anda mulai terobsesi terhadap wall, status, pertemanan hingga foto yang di tag-nya maka Anda tidak akan pernah berhenti.

Selain itu, pasangan akan susah menjelaskannya kepada Anda, untuk membuat Anda merasa lebih baik (dan mengurangi rasa cemburu). Hal ini adalah kerana, Anda menggantungkan perasaan terhadapnya melalui wall Facebook-nya.

Saran Dr Seth, katakan pada si dia mengapa Anda menunjukkan perasaan tidak tenang. Komunikasikan jalan yang terbaik bagi Anda berdua.

2. Dr Seth mengatakan betapa begitu banyaknya trend yang dia dengar dari pesakitnya. Bahawa semakin banyak lelaki yang meng-hack akaun Facebook pasangannya. Ouch!.

Dengan saranan daripada Dr Seth, mulai saat ini wanita harus lebih berhati-hati dalam menganggapi status mahupun wall si dia.

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan