JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Selasa, 7 Disember 2010

PEMANASAN GLOBAL PERNAH TERJADI 300 JUTA TAHUN YANG LALU...!!!

Pemanasan global pernah menghancurkan hutan hujan sekitar 300 juta tahun yang lalu, yang memacu berkembangnya dinosaur.

Para pengkaji percaya bahawa kehancuran hutan hujan telah memacu evolusi perkembangan reptilia dan membuka jalan evolusi bagi dinosaur kira-kira 100 juta tahun kemudian.

Para pengkaji di Royal Holloway, University of London dan Bristol University memperingatkan bahawa penemuan ini juga adalah pesanan untuk manusia kerana mereka juga boleh punah dari muka Bumi apabila hutan hujan Amazon terus diteroka.

Pemanasan global yang terjadi pada zaman Carboniferous 300 juta tahun, ketika benua Eropah dan Amerika Utara masih berada di ekuator dan ditutupi oleh hutan hujan tropika.

"Perubahan iklim tersebut menyebabkan hutan hujan terbahagi menjadi kumpulan hutan hujan yang lebih kecil. Populasi reptilia yang berubah mengikut hutan hujan tersebut akhirnya berevolusi menjadi lebih beragam. Hal ini adalah respon alam yang natural dalam mengikut perubahan habitat," ujar Professor Mike Benton dari Bristol University.

Sarda Sahney, juga dari Bristol University, mengatakan "Sangat mengagumkan. Meskipun menghadapi kerosakan ekosistem, haiwan-haiwan tetap melanjutkan proses evolusi mereka. Bagaimanapun kehidupan kita saat ini tidak akan seberuntung dengan kehidupan 300 juta tahun yang lalu. Jadi haruskah hutan hujan Amazon itu rosak?"

Untuk mengambil kesimpulan ini, para pengkaji mempelajari catatan fosil pada reptilia sebelum dan sesudah peristiwa hancurnya hutan hujan tropika pada 300 juta tahun yang lalu. Catatan-catatan tersebut menunjukkan bahawa reptilia menjadi lebih beragam dan bahkan berubah pola pemakanan mereka sebagaimana, reptilia-reptilia tersebut berjuang untuk beradaptasi dalam menghadapi perubahan iklim dan lingkungan.

MORAL UNTUK AKU : Bukan kata hutan tropika je kena tebang, rumput pun kena cantas juga pada zaman skang ni...hahahakuketawa...!!!

2 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Faiz berkata...

nice sharing...=)

p/s: thanks follow blog sy..sebagai balasan, sy dh letak blog ini kt ruang follower kt blog sy..=)

****KLIK ENTRI TERKINI DISINI****

****KLIK ENTRI TERHANGAT DISINI****

cik lola berkata...

huhu...mmg pkra ni siyes..ngra eropah la bnyk yg tebang pokok..pas 2 slh kan kita

Catat Ulasan