JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Sabtu, 11 Disember 2010

PELANGGARAN ASTEROID BAWA EMAS KE BUMI...!!!

Penelitian terbaru mengungkapkan bahawa asteroid raksasa berukuran Pluto mungkin telah membawa unsur emas dan unsur materi lainnya ke Bumi.

Ilmuwan telah lama mengetahui bahawa ada jenis unsur besi misteri yang ada di lapisan Bumi. Unsur-unsur besi tersebut, termasuk emas, cenderung untuk menggabungkan diri dengan baja dalam bentuk cairan.

Penjelasan terbaik adalah bahawa unsur-unsur misteri yang dibawa oleh benda angkasa, ketika Bumi masih berumur muda. Tapi yang menjadi perdebatan adalah benda asing apa yang membawa unsur-unsur misteri tersebut.

Berdasarkan pada simulasi komputer, penelitian terbaru mengatakan bahawa beberapa pelanggaran benda-benda angkasa ke Bumi sekitar 4.5 juta tahun yang lalu adalah sumber dari unsur materi ini, yang mana benda-benda tersebut adalah asteroid.

Bumi bukanlah satu-satunya objek yang mendapat kemasukan unsur-unsur materi ini. Bulan dan planet Marikh juga mendapatkan materi tersebut dari pelanggaran asteroid tersebut pada waktu yang sama. Para ilmuwan juga mengatakan bahawa bahan-bahan tersebut juga merupakan sumber dari air di Bulan.

"Elemen-elemen ini memberitahu kepada kita apa yang menghentam planet kita, serta apa kesan yang dihasilkan dari perkara tersebut," ujar pimpinan kajian William Bottke dari Southwest Research Institute di Boulder, Colorado.

1 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Mr. TN_SkY berkata...

Salam saudara...bOleh tnye x? mne dpt infO2 mcm nie? trgn nk bce.. =_=

Catat Ulasan