JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Sabtu, 4 Disember 2010

[ MUZIK ] - CARA HEBAT MEMIKAT HATI WANITA...!!!

Banyak cara yang dilakukan oleh lelaki untuk mendapatkan perhatian dari sang pujaan hati. Apalagi bila wanita tersebut belum dikenali dan memerlukan usaha 'lebih' seperti meminta nombor telefon terlebih dahulu untuk diajak bertemu.

Para psikologi dari sebuah universiti di selatan kota Paris mengungkapkan, muzik merupakan cara paling ampuh untuk memikat wanita. Berdasarkan penelitian, para wanita akan mudah memberikan nombor telefon kepada para lelaki apabila di lokasi tersebut terdapat muzik-muzik yang mengalunkan lagu-lagu romantis sebagai latar (background).

Ujian dilakukan terhadap kira-kira 87 wanita berusia 18 hingga 20 tahun. Para wanita diberi masing-masing disuruh untuk memperdengarkan lagu alunan lagu-lagu romantis seperti Je L'aime a Mourir (I Love Her to Death) milik Francis Cabrel selama lima minit. Setelah itu mereka juga diperdengarkan lagu milik Vincent Delerm berjudul  L'heure du The (Time For Tea). Lagu kedua dianggap sebagai lagu neutral dan bukan lagu romantis.

Setelah diperdengarkan masing-masing dengan lagu tersebut, di setiap akhir lagu mereka dihadapkan dengan seorang lelaki berusia 20 tahun, yang mengajak mereka berbincang. Dan di setiap akhir perbincangan sang lelaki mengatakan, kata-kata permintaan seperti,"Namaku Antoine, seperti kamu tahu saya fikir kamu sangat menarik, bolehkah saya meminta nombor telefon kamu. Saya akan menelefon kamu untuk mengundang anda makan minggu depan?".

Hasil penelitian menunjukkan hanya 27.9 peratus saja yang bersedia menyerahkan nombor telefonnya setelah mendengarkan background lagu neutral. Sementara untuk pendengar lagu romantis, hampir 52.2 peratus bersedia memberikan nombor telefonnya.

Sebab itu, para peneliti mengambil kesimpulan bahawa sebaiknya para lelaki menggunakan lagu untuk memikat hati wanita. Kerana lagu sangat memainkan peranan dalam menguasai mood wanita.

MORAL UNTUK AKU : Patutla bila setiap kali aku nyanyi dalam bilik air mesti bini aku dah tido berdengkur atas katil...hahahakuketawa...!!!

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan