JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Rabu, 29 Disember 2010

LELAKI PENDEK LEBIH KUAT CEMBURU...???

Detail Berita
 
INGIN mencari pasangan yang memahami dan tak terlalu kuat cemburu, cubalah carilah lelaki yang memiliki susuk tubuh yang lebih tinggi.

Mungkin kajian yang dilakukan oleh para peneliti dari Sepanyol dan Belanda tidak masuk akal dan tidak berkorelasi dengan kenyataan. Pasalnya, mereka meneliti tentang sifat cemburu itu berkaitan dengan ketinggian badan seseorang. Hasilnya, diketahui lelaki yang lebih pendek memiliki sikap cemburu yang lebih kuat jika dibandingkan dengan lelaki yang tubuhnya lebih tinggi.

Namun, para peneliti dari Negeri Matador dan Kincir Angin itu beralasan penelitian mereka tetap berguna kerana melibatkan sekitar 549 lelaki dan perempuan dalam kajiannya. Berdasarkan penelitian yang diterbitkan dalam majalah New Scientist ini, mereka menyampaikan alasan secara ilmiah setelah mendapatkan data dari 500 lelaki dengan susuk tubuh pendek diketahui lebih pencemburu.

Abraham Buunk, pemimpin penelitian tersebut menyatakan, rata-rata lelaki akan cemburu terhadap lelaki lain yang lebih atraktif, kaya, dan kuat. Namun, bagi lelaki yang memiliki badan lebih tinggi biasanya lebih tenang menghadapi persaingan terhadap lelaki yang atraktif, kaya, dan kuat.

Berbeza dengan lelaki yang memiliki postur tubuh pendek yang akan terganggu dengan persaingan dari lelaki yang atraktif, kaya, dan kuat. "Dengan postur yang lebih tinggi, lelaki akan memiliki rasa percaya diri sehingga punya psikologi yang stabil," jelas Buunk.

Namun, Buunk menekankan bahawa psikologi yang baik dan telus yang stabil bukan hanya kerana memiliki postur tubuh yang tinggi. Banyak juga faktor psikologi lain yang ikut mempengaruhi.
 
Lelaki yang berpostur lebih tinggi secara fizikalnya lebih menarik perhatian perempuan. Selain itu, kebanyakan lelaki yang lebih tinggi cukup sukses dalam meniti karier serta lebih berpengertian dan atraktif. Hal itu pun disokong dengan pendapat pakar psikologi dari British Psychological Society, Simon Gelsthorpe.

"Salah satu kunci penting menekan rasa cemburu adalah memiliki rasa percaya diri yang baik. Biasanya, rasa percaya diri lelaki yang posturnya lebih tinggi lebih baik meskipun ada juga ditemukan beberapa karakter yang buruk," ujarnya.

Gelsthorpe menambahkan, perasaan cemburu sebenarnya salah satu dari rasa takut pada manusia. Biasanya, perasaan cemburu seseorang kerana takut kehilangan pasangan atau orang yang dicintai.

"Kunci utama untuk menghindari rasa cemburu adalah tetap menjaga hubungan baik dengan pasangan," jelasnya.

Jadi, jika badan kita sudah tidak lagi bertambah tinggi, tak perlu risau untuk melakukan berbagai-bagai terapi meninggikan badan. Sebaliknya, perkuatkan intensiti dalam berkomunikasi dan menjalinkan hubungan baik dengan pasangan. Itu lebih bererti kerana membuat pasangan kita merasa tenang dengan besarnya perhatian yang diberikan. Sebab, perempuan pun punya rasa cemburu yang harus dijaga agar tidak membuat hubungan jadi renggang.

Rasa cemburu pada perempuan timbul jika melihat perempuan lain yang lebih cantik dan pandai. Rasa cemburu pada perempuan kadarnya relatif sama, baik pada perempuan berpostur tinggi atau pendek.

Berdasarkan penelitian ilmuwan dari Universiti Groningen dan Valecia, biasanya perempuan yang lebih tinggi lebih subur dan sihat. Hal itu pula yang membuat perempuan yang posturnya tinggi tak terlalu pencemburu.

Meskipun demikian, dalam jurnal Evolution and Human Behavior, para ilmuwan mendapati kebanyakan para lelaki risau dengan perempuan yang memiliki postur lebih tinggi. Pasalnya, perempuan dengan postur lebih tinggi lebih senang dengan lelaki yang atraktif, dominan, dan mempunyai status sosial yang baik.

3 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

mie berkata...

setiap manusia ada perasaan cemburu...
cuma diri sendiri yang tahu kontrolnya..
heheee

fairusmamat berkata...

Memang lah.. Dah pendek, mesti dia cemburu pada yang panjang.. :p

Noorma Ismail berkata...

pernah bencinta dengan lelaki yang rendah la drpda saya...mmg kuat cemburu pun... kalo boleh nk simpan kita dalam lemari je...

tp kan, semua lelaki pun ada perasaan cenggitu, terutamanya bila dapat makwe cun.. kalo buruk, buat apa nk jeles..

Catat Ulasan