JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Khamis, 30 Disember 2010

[ KAJIAN ] - UKURAN OTAK MEMPENGARUHI AKTIVITI SOSIAL SESEORANG...???


Apakah Anda termasuk di dalam kalangan orang yang paling banyak menghabiskan waktu dengan ramai kawan? Itu mungkin bererti bahagian tertentu dari otak Anda lebih besar dari biasanya.

Bahagian otak manusia yang disebut amygdala, yang terletak jauh di dalam menjadi salah satu kunci dalam mempengaruhi tingkat perilaku seseorang dalam menjalankan aktiviti sosialnya. Dari hasil survey yang dilakukan oleh sejumlah ilmuwan dengan scan otak terhadap 58 sukarelawan menunjukkan bahawa semakin besar amygdala, semakin besar pula orang mudah bergaul.

"Itu masuk akal kerana amgydala berada di pusat dari jaringan otak yang penting untuk bersosialisasi, ",kata Lisa Feldman Barrett, ketua pasukan yang melakukan survey tersebut.

"Misalnya, jaringan akan membantu kita mengenali apakah seseorang adalah orang asing atau kenalan, dan teman atau musuh," tambahnya.

Tapi apakah memiliki amgydala yang lebih besar mengarah ke lebih banyak teman, atau apakah bersosialisasi dengan banyak teman-teman membuat amgydala yang lebih besar? Tapi Barrett mengatakan mungkin sedikit dari keduanya.

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan