JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Khamis, 2 Disember 2010

iPOD & MP3 PENYEBAB PEKAK...!!!

Sebuah kajian telah menemui gejala-gejala anak remaja yang semakin mengalami kekurangan pendengaran disebabkan oleh penggunaan iPod dan pemain MP3.
 

Pengkajian tersebut mengklasifikasikan bahawa pemain muzik seperti iPod telah meningkatkan jumlah penderita kerosakan pendengaran hingga sepertiganya, dalam kurun 20 tahun terakhir.

Berdasarkan pengkajian itu ditemukan bahawa antara tahun 2005 hingga 2006, satu di antara lima anak remaja menderita pekak. Saat ini terdapat kira-kira 6.5 juta anak remaja yang memiliki masalah pendengaran atau naik kira-kira 30 peratus dari jumlah yang ditemukan pada tahun 1988 dan 1994.

Para pengkaji juga memperkirakan jika mendengar nada dengan kapasiti yang cukup besar, seperti muzik amplifier, merupakan salah satu penyebab masalah tersebut meningkat ketika ini.

"Antara 1998 dan 1994, kira-kira 14.9 peratus dari rata-rata segmen umur yang mengalami masalah pendengaran. Namun pada tahun 2006 jumlahnya telah berubah menjadi 19.5 peratus mencakupi remaja berusia 12 hingga 19 tahun," ujar ilmuwan dari rumah sakit Brigham and Women Hospital, Josef Shargorodsky. Ilmuwan tersebut membandingkan dua database untuk melihat adanya keterkaitan antara sebuah era dengan meningkatnya masalah tersebut.

Penderita masalah pendengaran masih sedikit meskipun jumlah paling buruk telah meningkat kira-kira 77 peratus. Gadis remaja diperkirakan memiliki potensi yang cukup besar mengalami hal ini, sama halnya dengan mereka yang hidup di bawah garis kemiskinan.

"Kehilangan pendengaran akan menjadi gangguan yang cukup umum dan mempengaruhi puluhan juta orang dari segala usia. Remaja memiliki potensi yang cukup besar mengalami hal tersebut. Namun hal ini belum difahami meskipun memiliki implikasi yang cukup penting dalam kehidupan bersosialisasi," ujar peneliti.


MORAL UNTUK AKU : Korek telinga selalu pakai 'cotton bud' pun bahaya jugak boleh mendatangkan kerosakan telinga...hahahakuketawa...!!!

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan