JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Selasa, 14 Disember 2010

Ingin ANAK Perempuan...??? STOP Makan Pisang...!!!

Detail Berita
 
Ingin mempunyai anak perempuan? Menurut para ahli kajian, Anda sebaiknya berhenti makan pisang. Anda juga disarankan untuk memakan kacang-kacang dan keju. KENAPA...???

Peneliti dari Universiti Maastricht di Belanda telah menemukan, bahawa kombinasi makanan yang tepat dan waktu seks adalah kunci utama menentukan apakah Anda akan memiliki seorang putera atau puteri. Mereka mengatakan dalam kajian mereka bahawa menahan diri daripada mengkonsumsi makanan yang kaya dengan sodium dan kalium seperti pisang, teri, minyak zaitun, salami, salmon, udang, kentang, daging olahan, roti, dan kuih kering. Sebaliknya mereka harus berkonsentrasi pada makanan yang kaya akan kalsium dan magnesium.

Untuk penggantinya, Anda dapat memakan makanan yang kaya akan kalsium termasuk yoghurt, keju keras, salmon kalengan, bayam, tahu, almond, oatmeal, brokoli, dan jeruk. Sementara kacang mete, sereal gandum, dan kacang-kacang kaya akan magnesium.

Para peneliti mengatakan bahawa makanan yang dikonsumsi lelaki tidak memiliki efek pada jenis kelamin bayinya.

Jika calon ibu ingin anak perempuan, para pengkaji juga menggalakkan supaya melakukan hubungan seks biasa, tetapi tidak pada hari-hari sebelum atau setelah ovulasi.

Kesimpulan ini mengikuti pengkajian selama lima tahun yang melibatkan 172 wanita Eropah Barat berusia 23-42 tahun. Semua perempuan itu sebelumnya pernah melahirkan seorang anak laki-laki dan menginginkan kehadiran anak perempuan.

Mereka diperintahkan untuk mengurangi asupan garam dan setidaknya makan produk susu dalam sehari. Para calon-calon juga harus memakan makanan termasuk roti, sayuran, buah, daging, nasi, dan pasta.

Meskipun banyak perempuan yang gagal dalam survey ini, kerana tidak boleh mematuhi syarat-syarat atau aturan diet yang ketat pada saat melakukan hubungan seks, namun 21 perempuan tetap bertahan sampai akhir.

Daripada 21 perempuan tersebut, 16 di antaranya melahirkan anak perempuan. Keberhasilan tersebut menunjukkan angka yang menakjubkan, iaitu hampir 80 peratus.

"Hasil penelitian menunjukkan, bahawa kedua-dua method iaitu diet dan waktu meningkatkan probabiliti wanita dan kesan dari makanan yang paling menonjol," kata jurucakap para pengkaji yang dipetik dari Daily Mail.

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan