JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Rabu, 8 Disember 2010

FOSIL DINOSAUR KECIL BERTANDUK DITEMUI...!!!

Para pengkaji melaporkan bahawa mereka menemui sebuah fosil dinosaur kecil bertanduk jenis Ceratopsian (keluarga dinosaur bertanduk, seperti Triceratops) berusia 103 juta tahun. Rangka binatang purba kala ini berukuran sama dengan anjing Labrador di wilayah Korea Selatan.

Fosil ini adalah jenis Ceratopsian pertama yang ditemukan di wilayah Korsel. Penemuan fosil ini termasuk tulang belakang, tulang lengan dan tulang ekor. Demikian seperti yang dipetik dari LiveScience.

Fosil dinosaur yang baru ditemukan ini bernama Koreaceratops Hwaseongensis, hidup di awal Zaman Cretaceous. Sebagai perbandingan jenis Ceratopsian yang paling popular, Triceratops hidup pada waktu 65 juta tahun yang lalu.

"Penemuan ini mengisi kekosongan 20 juta tahun catatan fosil antara awal kemunculan dinosaur ini di Asia serta kemunculan pertama mereka di wilayah Amerika Utara," ujar Michael J.Ryan, kurator dan head of vertebrate paleontology di The Cleveland Museum of Natural History.

Hasil dari analisis fosil ini diterbitkan di jurnal Naturwissenschaften: The Science of Nature edisi online.

Koreaceratops Hwaseongensis berukuran panjang 6 kaki dan memiliki berat 100 pound, haiwan ini berukuran kecil jika dibandingkan dengan sanak saudara mereka, Triceratops yang berukuran raksasa. Mulut berparuh menandakan jikalau Koreaceratops Hwaseongensis adalah haiwan pemakan tumbuhan. Lalu dengan menganalisis tulang kakinya, Ryan beserta para koleganya menduga bahawa haiwan ini boleh bergerak dengan pantas.

Ekor dari Koreaceratops Hwaseongensis juga cukup unik, yakni memiliki semacam layar, yang mana pengkaji berfikir bahawa ornamen tersebut dipakai oleh Koreaceratops Hwaseongensis untuk berenang mencari makanan di air dan juga untuk menarik perhatian pasangan.

"Ini adalah penemuan yang jarang ditemui untuk wilayah Korsel, kerana biasanya di wilayah ini lebih banyak ditemuakan fosil telur dan jejak kaki dinosaur," tambah Ryan.

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan