JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Rabu, 1 Disember 2010

[ FORD ] - MUSTANG COBRA JET EDISI KHAS BAKAL TIBA...!!!


Mustang - Gambar Hiasan
Sejujurnya, dari namanya sahaja, kenderaan ini sebenarnya sangat mengerikan. Kerana ia merupakan gabungan tiga nama yang sinonim dengan kelajuan, iaitu Mustang, Cobra, dan Jet.

Ya...!!! Ford Racing dikhabarkan akan meluncurkan Mustang Cobra Jet sebagai model edisi khusus yang hanya dibuat dalam jumlah terhad.

Ford sebenarnya belum lagi secara rasmi mengumumkan Mustang Cobra Jet 2012, tetapi perincian lengkap tentang model ini ternyata sudah tersedia di dunia maya berkat penjual Ford di Puerto Rico yang telah menerbitkan spesifikasi awal di laman Web mereka.

Model ini menggunakan nama itu kerana diinspirasikan oleh legenda Cobra Jet drag Racers yang berjaya pada akhir tahun 1960-an. Model itu sempat diluncurkan kembali pada tahun 2008 di acara SEMA dan yang terakhir mengalami revision pada tahun ini.

Sekarang Ford Racing memperbaharui model itu dengan melakukan peningkatan dengan menggunakan sebuah blok enjin V8 5,400 cc berbahan aluminium yang mana sebelumnya merupakan sekadar pilihan. Lantas enjin yang bertenaga 430 hp tersebut dikahwinkan dengan transmisi 3-speed Auto C4 Race.

Selain itu, suspensi belakang dan ekzos juga telah ditingkatkan kemampuannya, serta bahagian depan dan belakang yang telah dioptimalkan. Untuk peranti keselamatan, Cobra Jet juga dilengkapi dengan roll cage berspesifikasi NHRA 8.50et.

Rencananya, Ford akan melakukan penjualan muscle car tersebut mulai tahun 2011, dan hanya akan ada 50 unit yang diproduksi. Model itu juga akan mendapatkan rekaan terbaru, yang dinamakan Black Anodized Cobra Jet Wheels, dan warna pilihan baru Race Red, Grabber Blue, dan Winner White.

Terlepas dari kenyataan bahawa Cobra Jet adalah model yang sangat kuat, tetapi Ford mesti tetap berhati-hati, kerana ia masih memiliki persaingan yang kuat di pasaran seperti Chevrolet Camaro coupe, Dodge Challenger dan Nissan 370Z.
 
MORAL UNTUK AKU : Sapa-sapa yang dapat pakai MUSTANG memang aku salute abis la...hahahakuketawa...!!!

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan