JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Memuatkan ...

Isnin, 20 Disember 2010

FANTASI SEKS IDAMAN WANITA...!!!

Detail Berita
MEMILIKI fantasi seksual adalah perkara normal yang dilakukan bagi lelaki dan wanita. Lantas, apakah fantasi seks wanita pula?
 
Hilda Hutcherson MD, profesor dalam bidang sakit puan dan ginekologi Universiti Columbia sekaligus penulis buku “Pleasure”, merangkumkan lima teratas fantasi seksual pesakit wanita yang berkonsultasi kepadanya iaitu :-
 
1. "Bercinta" dengan lelaki lain (biasanya lelaki tersebut seorang selebriti)
 
Jika ini terjadi kepada Anda, bukan bererti Anda tidak puas dengan kehidupan seksual sebenar Anda. Tapi kebiasaannya kerana Anda terlalu bersemangat dengan selebriti yang tampan itu.
 
2. "Bercinta" dengan dua lelaki sekaligus
 
Jika membayangkan seks dengan dua lelaki sekaligus, itu merupakan petanda Anda ingin dipuja dan disayangi.
 
3. Mendominasi lelaki
 
Fantasi ini membiarkan Anda terlibat dengan kegiatan seksual yang cenderung tabu. Membayangkan Anda mendominasi pasangan, dapat menandakan hasrat untuk hilang kawalan kepada sebuah kebebasan yang menggetarkan!
 
4. "Bercinta" dengan sesama wanita
 
Tidak, hal ini tidak bererti Anda lesbian. Fantasi ini menunjukkan bahawa Anda menghargai setiap bentuk yang indah dan sensual dari tubuh wanita (kerana wanita memang indah)– dan justeru hal ini membuatkan kita memiliki pemikiran terbuka tentang kenikmatan.
 
5. "Bercinta" dengan pasangan
 
Hal yang paling umum dari fantasi wanita. Biasanya, fantasi ini lebih menggetarkan daripada kegiatan seks Anda sehari-hari (contoh, malam pertama yang kedua!). Dan ini menunjukkan tanda bahawa seks dengan pasangan termasuk kegiatan yang mengghairahkan Anda. Ini luar biasa!

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan