JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Selasa, 21 Disember 2010

[ DARWINOPTERUS ] - DINOSAUR JENIS BARU

Pterosaurus
Pengkaji di Inggeris dan China mengungkapkan adanya dinosaur jenis baru melalui fosil yang baru saja ditemukan. Dinosaur ini dipercayai telah hidup 160 juta tahun lalu.

Dinosaur jenis baru itu diberi nama Darwinopterus, sebuah nama yang diinspirasi dari penemu teori evolusi Charles Darwin. Reptilia raksasa mirip helang ini memiliki kepala dan leher yang hampir serupa dengan Pterosaurus.

Pterosaurus sendiri, yang biasa disebut juga dengan pterodactyls, merupakan haiwan dengan kemampuan terbang dan berkembang antara tahun 65 dan 220 juta tahun lalu.

Dipetik melalui Xinhua Net, penemuan ini akan menjadi bukti evolusi kontroversi yang kerap disebut dengan modullar evolution. Ketika ini, 20 fosil baru yang diduga sebagai haiwan evolusi dari Pterosaurus telah ditemukan di wilayah tenggara China.

Hingga saat ini, para pengkaji hanya mengetahui dua jenis Pterosaurus, iaitu Pterosaurus berekor panjang dan berekor pendek. Keterbatasan pengetahuan ini adalah disebabkan belum adanya fosil yang membuktikan jenis pterosaurus selain yang dua di atas. Namun dengan penemuan ini, setidaknya memberikan pencerahan pada rantai evolusi yang selama ini diperdebatkan.

Darwinopterus memiliki barisan gigi bertaring yanng cukup tajam. Gigi semacam itu biasanya digunakan Darwin untuk memburu dan membunuh spesies haiwan terbang lainnya.

Spesies ini ditemukan di bebatuan yang diperkirakan memiliki usia 160 juta tahun lalu. Hal ini membuktikan bahawa Darwinopterus berusia 10 juta tahun lebih tua daripada spesies burung yang diperkirakan hidup pertama kali, iaitu Archaeopteryx.

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan