JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Jumaat, 24 Disember 2010

BIJAK DI UNIVERSITI, SIHAT DI HARI TUA...???

Detail Berita
 
LELAKI yang hantu buku mungkin bukan lelaki idaman kebanyakan wanita, jika dibandingkan lelaki dengan perut six pack. Padahal, lelaki hantu buku berkemungkinan berumur lebih panjang daripada lelaki dengan perut six pack.
 
Kajian telah lama menunjukkan bahawa pendidikan berkait rapat dengan kesihatan yang lebih baik, tetapi penelitian baru Pamela Herd, profesor urusan awam dan sosiologi Universiti Wisconsin-Madison menunjukkan bahawa prestasi akademik mengagumkan di kampus memainkan peranan penting dalam kesihatan seseorang di masa depannya.

Menurut kajian, orang-orang yang mendapat nilai lebih baik di kampus memiliki masalah kesihatan lebih sedikit saat usia mereka bertambah tua. Penelitian membabitkan 10,000 lulusan Universiti Wisconsin dan mencakupi kondisi pekerjaan, keluarga, dan kesihatan mereka di usia 53 tahun. Ternyata, peneliti menemukan korelasi antara peringkat yang lebih tinggi dengan kesihatan yang lebih baik setelah tamat kuliah.

"Seberapa bagus Anda belajar adalah titiknya. Kita sudah tahu pentingnya sekolah untuk banyak hal, seperti pekerjaan dan penghasilan Anda, tapi ternyata juga baik untuk kesihatan Anda," kata Herd tentang penemuan yang diterbitkan di Jurnal Health and Social Behavior edisi Desember ini.

“Namun bagi mereka yang masih duduk di bangku kuliah, ada alasan untuk percaya bahawa hubungan antara prestasi akademik dan kesihatan juga dirasakan oleh orang-orang muda,” kata Herd.

Para peneliti masih mempelajari lebih lanjut tentang alasan mengapa prestasi akademik dihubungkan dengan hasil kesihatan yang lebih baik. Herd mengatakan boleh jadi kesedaran sebagai faktor penentunya, bahawa mereka yang lebih teliti saat belajar, lebih memerhatikan kesihatannya. Sayangnya, ia tidak cukup data untuk menyokong pernyataan tersebut.

"Apa yang kita lihat adalah apa yang Anda pelajari di sekolah, yang sebenarnya penting untuk kesihatan Anda," kata Herd.

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan