JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Sabtu, 25 Disember 2010

BERAPA LAMAKAH WANITA MAMPU TAHAN SAKIT BILA PAKAI KASUT BARU...???

 
BERAPA lamakah seorang wanita mampu menahan rasa sakit bila menggunakan sepasang kasut baru apatah lagi kasut dengan tumit yang tinggi?

Menurut Erika Gibbins, ahli persatuan penyakit kaki dari Perusahaan Kasut Insolia, berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap 4,000 wanita rata-rata mereka hanya mampu menahan rasa sakit selama 34 minit...!!!

Gibbins mengungkapkan setelah seorang wanita melangkah keluar dari teksi atau masuk ke pub atau kelab, mereka kemudian hanya mampu bertahan dari rasa sakit lebih kurang setengah jam dan selepas itu mereka akan mulai rasa sakit. Demikian yang dipetik oleh Telegraph.

Empat daripada sepuluh responden menyatakan mereka akan segera menanggalkan kasut mereka dan mengistirehatkan kakinya sejenak dan memakainya kembali. Namun, lebih dari 50 peratus responden menyatakan setelah 30 minit mereka langsung membuangnya dan tak menggunakannya lagi sehingga sampai di rumah.

''Begitu banyak wanita yang mengalami masalah ini kerana mereka telah menjadi korban kepada kasut baru yang menyakitkan tetapi mereka tetap bertahan dengan atas dasar fesyen." kata Gibbins.

Rata-rata wanita menderita sakit kaki setidak-tidaknya enam kali dalam 12 bulan terakhir.

3 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

alinac lover berkata...

hehhee sabar je la klo sakit

zaira berkata...

high heels cantik
:(

sYazY_dZaiMa berkata...

memang tak suka pakai heels pun,haha. so prefer yg flat..if terpaksa pakai,mmg xnak lama2 :)

Catat Ulasan