JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Jumaat, 3 Disember 2010

ASTRONOMI BERMINAT ANALISA SUPERBUMI...!!!

Untuk pertama kalinya para astronomi berminat untuk menganalisa kandungan atmosfera 'superbumi', sebuah planet luar yang berukuran lebih besar dari bumi kita.

Dipetik melalui Straits Times, tindakan ini merupakan langkah penting dalam keupayaan mengidentifikasikan planet di luar sistem tata suria. Ini kerana, para pengkaji meyakini adanya kehidupan yang sama di planet tersebut dengan pola yang ada di bumi sekarang.

Planet luar tersebut ditanda sebagai GJ 1214b dengan jarak 42 tahun cahaya, atau kira-kira 400 trillion kilometer dari hujung alam semesta kita, dengan radius kira-kira 2.6 kali ganda dari bumi.

GJ 1214b ditemui sejak tahun lalu, sebuah lingkaran bintang yang kecil dan samar sehingga mudah bagi para astronomi untuk mencari data mengenai atmosfera tersebut dengan menganalisa cahaya bintang ketika melewati tepi planet sepanjang perjalanannya.

Data mengenai panjang gelombang cahaya yang terkandung dapat dengan mudah diketahui bergantung kepada komposisi kimia dan cuaca di atmosfera. Bahkan jika menggunakan teleskop milik European Space Agency yang cukup besar, yang terletak di Chile, para pengkaji mampu memgecilkan kisaran, dari tiga menjadi dua.

GJ 1214b dikatakan diselimuti oleh air, mengingatkan kedekatan dengan bintang induknya maka kandungan planet kebanyakan adalah berwap. Boleh jadi GJ 1214b juga merupakan dunia berbatu dengan sebahagian besar terdiri dari hidrogen. Sayangnya awan tinggi atau kabut cukup  mengaburkan pandangan.

2 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Faizal n Fashitah berkata...

ooOo..mesti kaum alien tinggal kat sana kan..

Mas berkata...

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...susah nak jangka dgn akal fikiran.

Catat Ulasan