JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Jumaat, 17 Disember 2010

ANGiN PENYEBAB AiS Di ANTARTiKA CAiR...???

Ais di Antartika barat diklasifikasikan mulai mencair. Para pengkaji sudahpun berfikir mengenai sebab akibat mengapa hal itu terjadi. Kini semua sudah terjawab.

Melalui penglihatan melalui satelit dan data yang didapati menunjukkan jika angin dan air merupakan penyebab utama ais di Antartika mulai mencair. Menurut para pengkaji, angin kuat telah mengangkat air yang lebih panas ke permukaan lautan ais dan menyebabkan ais mencair dengan kecepatan yang tidak seperti biasanya.

Glasiologis dari University of Colorado, Ted Scambos mengatakan bahawa fenomena tersebut telah menyebabkan penipisan ais dalam jumlah besar di semenanjung Antartika dan sungai ais di Pine Island. Kedua-duanya merupakan wilayah glaiser terbesar di barat.

"Memahami apa yang menyebabkan hilangnya ais Antartika akan membantu para pengkaji untuk memprediksi lebih baik tingkat kenaikan permukaan air laut di masa mendatang," ujar Scambos.

Penemuan tersebut dihadirkan pada pertemuan American Geophysical Union di San Francisco beberapa waktu lalu.

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan