JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Sabtu, 25 Disember 2010

ANDA INGIN SIHAT...??? BERASMARALAH MALAM INI...!!!

Detail Berita
 
HUBUNGAN seks bukan hanya sekadar memberikan kenikmatan yang tiidak terhingga tetapi boleh juga menyihatkan tubuh badan. Anda tidak percaya? Berasmaralah malam ini!
 
Berikut 10 alasan seks yang boleh menyihatkan tubuh lelaki, seperti ditulis oleh Askmen.
  • Membakar kalori
Seks memang belum tentu dapat membentuk otot lengan mahupun perut, tapi seks mampu menyalurkan darah ke jantung dan membakar kalori. Diperkirakan pada sesi hubungan seks secara umum mampu membakar 85 hingga 200 kalori dalam 30 minit. Bayangkan berapakah kalori yang terbakar jika Anda melakukannya setiap hari.  
  • Menguatkan otot dan tulang
Seks memproduksikan testosteron yang mampu menguatkan otot dan tulang. Testosteron juga dapat mempertahankan kesihatan, mood, kesuburan dan hasrat seksual.  
  • Efektif mencegah kanser
Sebuah kajian menemukan, lelaki yang ejakulasi secara rutin lebih kurang 30 peratus saja berisiko mendapat kanser prostat. Hasilnya juga sama jika Anda bermasturbasi.  
  • Meningkatkan kesihatan kardiovaskular (jantung dan pembuluh darah)
Seks merupakan salah satu bentuk lain selain daripada berolahraga, jadi adalah suatu yang masuk akal jika seks mampu menyihatkan jantung Anda.  
  • Mengurangkan stress
Berkurangnya tekanan darah melalui aktiviti seks dapat membantu menurunkan level stress. Seks juga mampu menimbulkan hormon endorphin yang mampu mengurangkan kegelisahan.
  • Meningkatkan imuniti tubuh
Bercinta secara rutin dapat meningkatkan imun tubuh dan membantu mencegah penyakit seperti flu.  
  • Meningkatkan keintiman
Benarlah sebelum orgasme, hormon endorphin dan oksitosin terlepas, kedua-duanya disebut juga “hormon cinta” yang menguatkan perasaan dan kepercayaan  terhadap pasangan.  
  • Membantu mengurangkan rasa sakit
Penyakit seperti sakit kepala dan radang sendi mampu berkurangan melalui seks.  
  • Tidur yang lebih baik
Meningkatnya hormon oksitosin, bersama hormon antidepresi serotonin yang membantu lelaki tidur dengan lebih baik.
  • Mr P sihat dalam jangka masa yang lama
Aktiviti seks menjadikan Mr P terbiasa untuk berereksi. Hal ini merupakan kunci untuk kesihatan Mr P dalam jangka masa yang lama. Mereka yang tidak menjadikan bercinta sebagai aktiviti rutin mahupun masturbasi lebih berisiko terkena penyakit, misalnya ejakulasi pra-matang atau penyakit lain.

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan