JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Sabtu, 18 Disember 2010

AiDS SUDAH ADA UBATNYA...???

 
Sebuah transplantasi darah yang tak biasa nampaknya telah menyembuhkan seorang pesakit AIDS asal AS yang tinggal di Berlin. Akan tetapi para doktor mengatakan bahawa kaedah pengubatannya tidak untuk dipraktikkan secara meluas.

Pesakit tersebut, yang berusia 40 tahun, mendapat transplantasi sel darah pada tahun 2007 untuk menyembuhkan leukemia. Doktor yang merawatnya tidak hanya bagus dalam mencucukkan darah, namun juga mendapatkan mutasi gen yang memberikan ketahanan alami terhadap HIV.


Kini, setelah tiga tahun berlalu, pesakit tersebut tidak lagi menunjukkan tanda dari virus HIV dan leukemia, menurut sebuah laporan di jurnal Blood.


"Hal ini adalah sebuah bukti konsep yang menarik, bahawa dengan kaedah yang luar biasa, seorang pesakit dapat disembuhkan dari virus HIV. Akan tetapi masih terlalu berisiko bagi kaedah tersebut untuk dijadikan terapi standard bahkan jika kaedah yang sesuai boleh ditemukan," ujar Dr. Michael Saag dari University of Alabama di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat.


"Transplantasi darah yang kebelakangan ini banyak dilakukan, digunakan untuk melawan kanser, dan risikonya terhadap kesihatan manusia masih belum diketahui. Transplantasi darah tersebut menghancurkan sistem kekebalan asli milik pesakit, dan menggantikannya dengan sel darah untuk menumbuhkan sistem kekebalan yang baru. Tingkat kematian dari prosedur tersebut boleh mencapai angka 5 peratus atau lebih," kata Saag, yang juga bekas Pengerusi di HIV Medicine Association, sebuah perkumpulan doktor pakar penyakit AIDS.


"Kita tidak boleh sepenuhnya mengaplikasikan kaedah penyembuhan ini kepada individu yang sihat, kerana risikonya terlalu besar, kecuali jika seseorang dengan virus HIV juga menderita penyakit kanser," tambah Saag.


Ketika berita mengenai pesakit AIDS sembuh di Berlin tersebar dua tahun lalu, Dr. Anthony Fauci, dari National Institute of Allergy and Infectious Diseases, mengatakan bahawa prosedur tersebut memerlukan pembiayaan yang terlalu mahal dan berisiko untuk dilakukan sebagai sebuah kaedah penyembuhan. Tapi kaedah tersebut boleh memberikan petunjuk untuk menggunakan terapi gen atau kaedah lainnya untuk mendapatkan hasil yang sama.

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan