JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Sabtu, 25 Disember 2010

[ 18 SX ] - GODA PASANGAN ANDA MALAM INI DENGAN TARIAN ULAR...!!!

Detail Berita

MENGGODA pasangan di atas ranjang nyatanya bukanlah hal yang sukar untuk dilakukan. Anda perlu ketahui bahawa setelah wajah, tangan dan lengan adalah bahagian paling ekpresif dari tubuh pasangan yang boleh Anda manfaatkan untuk bersedia bagi sebuah pertempuran hangat.

Kita biasanya menggunakan tangan dan lengan dalam percakapan. Sedangkan dalam perhubungan tanpa kata-kata dan dalam tarian, kedua-duanya digunakan untuk mengungkapkan serangkaian emosi, baik positif mahupun negatif. Lengan mewakili kekuatan, kekuasaan, pertolongan dan perlindungan, seperti yang ditulis dalam buku “Tafsir Kama Sutra” yang ditulis oleh Linda Sontag.

Ketika bersama pasangan, Anda pun boleh menggunakan tarian sensual untuk menggodanya. Anda boleh juga memulakannya dengan tarian ular.

Tarian ular   

Tangan dan lengan yang lentur dan anggun dapat mengeskpresikan perasaan-perasaan Anda. Tarian ular akan membantu Anda membebaskan tangan dan lengan Anda. Berdirilah tegak dengan tenang dan telapak tangan menghadapkan ke lantai. Mulailah gerakan ini dengan goncangan lembut pada bahu seolah-olah Anda sedang mengibaskan jemuran bersama angin.

Biarkan gerakan ini menggulungkan tangan Anda, sehingga tangan Anda mengombak seolah-olah tidak mempunyai tulang. Ini akan membebaskan bahu Anda dan membuatkannya hangat. Bukalah dada Anda. Angkat lengan Anda dan biarkan lengan Anda mencari level dan ritmanya sendiri, seolah-olah mereka dihembus oleh angin. Lakukan secara terus-menerus sehingga pasangan kian terpana.

Setelah itu, manjakan pasangan dengan pijatan sensual. Pijatan memberikan kesempatan sensual untuk Anda melakukan komunikasi tanpa kata. Oleskan minyak hangat di tangan sebelum Anda memulakan aktiviti ini, kemudian jaga tekanan agar tetap kuat dan lembut saat Anda menggerakkan tangan pada tubuh pasangan.

Jangan hentikan langkah Anda atau membuat gerakan yang tiba-tiba mengganggu. Ikuti naluri Anda, dan konsentrasilah pada keunikan sensasi sentuhan daripada merencanakan gerakan berikutnya. Ketika Anda memanjakan tubuh pasangan dengan pijatan, tutuplah mata Anda dan pelajari tubuh pasangan dengan sungguh-sungguh. Maka bukan hanya pasangan sahaja, tetapi Anda pun boleh merasakan kenikmatan yang tak terhingga. Macam mana bersediakah anda mencubanya malam ini...???

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan