JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Ahad, 19 Disember 2010

10 TiNDAKAN 'KEJAM' WANiTA KEPADA LELAKi...!!!

Detail Berita
WANITA memang dikenali sebagai makhluk Tuhan yang lembut. Namun bukan bererti kaum hawa tidak dapat melakukan hal yang nakal dan "kejam" kepada lelaki yang dicintainya.

Baru-baru ini Fox News telah memaparkan 10 tindakan "kejam" wanita terhadap lelaki dan bagaimana wanita mampu mempermainkan emosi serta ego lelaki, seperti dipetik dari Times of India.

1.Tidak mahu mengangkat telefon

Sementara lelaki sering mencatat dan mengingati nombor telefon wanita yang baru dikenalinya, kaum hawa justeru sering kali memberikan nombor telefon palsu dan tidak mahu mengangkat telefon.

2. Memanfaatkan lelaki untuk belanja minuman

Beberapa wanita tidak pernah merencanakan untuk menggunakan wangnya untuk minum di bar atau kelub. Tapi, mereka memanfaatkan sisi femininnya untuk meyakinkan lelaki membayarkan minumannya.

Yang lebih kejam, bukannya tetap bertahan dan mengenali lelaki tersebut lebih baik, beberapa di antara wanita justeru mengambil minuman yang sudah dibayar dan berlalu pergi.

3. Memanfaatkan lelaki hanya sebagai batu loncatan

Jika wanita tersebut baik, dia akan mencampakkan Anda dan melanjutkan hidupnya. Tapi jika dia kejam, dia akan mempertahankan hubungan sampai ada lelaki baru yang masuk dalam hidupnya.

Ibarat batu loncatan, wanita ini tidak boleh berdikari. Jadi dia akan bergantung status dengan Anda dan secepatnya mencari pengganti.

4. Memanipulasi lelaki dengan emosional
  
Lelaki tidak suka melihat wanita menangis, dan wanita kejam mengambil keuntungan dari hal itu. Faktanya, mereka menggunakan tangisan untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Pasalnya, titisan air mata yang mengalir akan membuatkan lelaki melakukan apa saja.

5. Menggunakan kekerasan fizik

Lelaki yang memukul seorang wanita akan memberi kesan melakukan kejahatan kriminal. Namun, wanita justeru merasakan hal yang dapat diterima jika memukul lelaki, dan kaum adam pasti tidak akan memukul balik.

Wanita kejam merasa bahawa konflik dapat selesai dengan kesakitan fizik pada pihak lelaki, tanpa ada efek pantulan.

6. Mengkritik lelaki di depan orang ramai

Wanita kejam mengkritik dan memalukan pasangannya di depan banyak orang. Mereka terkadang merasakan kesenangan saat menengking lelaki atau bahkan merendahkannya melalui kata-kata.

7. Tidak menunjukkan status hubungan

Sangat mengganggu apabila wanita yang sudah memiliki pasangan masih membuat pasangannya beranggapan bahawa dia masih mencintai. Dan dia dapat menikmati setiap godaan serta ajakan lelaki lain.

8. Menolak untuk bercinta

Ini merupakan cubaan yang berat dan tindakan terkeji wanita terhadap lelaki. Bagi beberapa orang lelaki, seks seperti sebuah hembusan nafas. Menahan hasrat lelaki, hanya akan menyeksakan. Terutama saat wanita menggunakan alasan menolak bercinta untuk mendapatkan keinginannya, meskipun kadang-kadang tindakan ini efektif.

9. Sering menguji pasangan

Saat wanita tahu pasangannya menghabiskan waktu dengan teman-teman, dia akan menelefon dengan tiba-tiba dan mengatakan ingin berjumpa. Jika lelaki tersebut mencintainya, dia akan segera datang.

Ini adalah sebuah pengujian. Jika Anda memilih untuk tidak datang menemuinya, Anda gagal. Hal ini merupakan pengujian hubungan yang cenderung kejam tetapi halus.

10. Menggoda untuk melihat kadar cemburu

Mungkin wanita merasa kurang dihargai, atau Anda baru saja bertengkar dengannya, atau dia hanya menyukai saat-saat di mana Anda cemburu dan terseksa kerana tindakannya.

Untuk alasan lain, wanita yang menggoda lelaki lain secara langsung di hadapan pasangannya menunjukkan dia wanita yang tidak dewasa dan manipulatif.

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan