JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Rabu, 24 November 2010

WOW...!!! ROLLS ROYCE BERTATAH EMAS

LONDON- Rolls Royce Gosh adalah sebuah kendaraan yang menawarkan eksklusif tertinggi dan dapat disesuaikan untuk memenuhi kehendak setiap pelanggan.

Namun, selalu saja ada orang yang kurang puas dengan apa yang sudah dimilikinya. Untuk memenuhi kehendak pelanggan seperti itu, Fenice Milano salah satu tuner yang sering menggarap model-model kereta yang eksotik, menawarkan penampilan yang berbeza ke atas model mewah asal Inggeris tersebut.

Tuner asal dari Itali tersebut baru saja menyiapkan sebuah model yang sangat kontroversi, untuk kenderaan premium sekelas Gosh. Fenice Milano menghadirkan Gosh dengan permukaan body yang berlapis emas.

Menggunakan nama Diva, program ini menggunakan emas seberat 24K untuk melapisi facelift depan penutup enjin, fasia belakang, side skirt dan bingkai tingkap.

Perkara yang sama juga digunakan untuk bahagian interior, di mana sang tuner telah melapisi emas murni pada beberapa bahagian, seperti dashboard, steering wheel, dan minibar.

Bahagian roda yang kini menggunakan roda dengan rekaan mesh, tampil lebih menggoda. Roda dengan diameter besar tersebut juga tak ketinggalan dibina dari sentuhan emas murni.

Selain itu, Roll Royce Gosh 2010 yang didukung oleh enjin 6.6 liter V12 twin-turbo yang memberikan tenaga 563bhp dan tork sebesar 780 NM itu juga menerima beberapa upgrade teknologi pada bahagian aci pacu.

Enjin Gosh sekarang telah dipasangkan ECU yang sudah ditala dan dibuat baru. Untuk menambah keselesaan dalam pemanduan, maka suspensi baru telah digunakan.

Semua ini sudah cukup untuk membuatkan ia bergerak dari 0 hingga 60 mph hanya dalam waktu 4.7 saat dan bila pedal minyak ditekan dengan lebih dalam, model tersebut mampu mencapai sehingga 155 mph atau 250 km/jam, dan mungkin boleh lebih dari itu jika tidak dibatasi oleh speed-limiter elektronik.

'Diva' oleh Fenice Milano yang didasarkan pada permata ini diproduksi dalam jumlah yang terhad. Berkat sebuah Restyling dalaman dan luaran yang penting, 'Diva' akan menambahkan sentuhan elegan dan gaya Italia, bersama dengan sentuhan yang sangat teknikal, ia mampu membuat model ini menjadi sebuah karya yang benar dengan semangat keperibadian yang kuat.

Namun baik Roll Royce mahupun Fenice Milano, tidak dijelaskan secara terperinci perihal harga dan berapa lama model super mewah tersebut akan ditawarkan kepada pengguna.

Wah, kalau sudah mempunyai model ini kenalah sentiasa berhati-hati di jalan raya atau saat meletakkannya di parkir, takut-takut body emasnya dicalar oleh orang-orang serupa monyet di luar sana.

MORAL UNTUK AKU : Aku nak beli emas untuk bini aku pun tak mampu inikan pula nak beli Rolls Royce yang bertatah emas...hahahakuketawa...!!!

2 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

fairusmamat berkata...

Wah.. Boleh kopek body dia skit2.. Lama2 nanti kayalah.. :)

KARTUNIS CERI berkata...

Kita kopek pakai gigi je amacam hahahakuketawa...

Catat Ulasan