JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Rabu, 24 November 2010

WOW...!!! HONDA CIVIC "BERBAJU" TOYOTA

Honda dan Toyota merupakan dua pembuat kereta yang berbeza dan saling bersaing sesama sendiri dalam merebut perhatian pengguna di seluruh dunia.

Namun di tangan pengguna itu sendiri pula antara Honda dan Toyota boleh disatukan. Anda mahu bukti? Lihat saja Honda Civic yang memakai bodypart Lexus IS dan Toyota Crown yang ditangkap oleh kamera Paultan, di satu stesen minyak.

Sisi kiri dan kanan dari sedan berwarna hitam itu jelas mengisyaratkan bahawa basic model tersebut merupakan Honda Civic. Tapi bila melihat sisi belakang sang empunya mengadaptasinya dari Lexus IS. Sementara di bahagian hadapan lebih mirip Toyota Crown. Oh yea...!!!

Meskipun demikian tema bercampur-campur yang ditampilkan ini telah menghasilkan sebuah karya yang patut dipuji. Masakan tidak, facelift Toyota Crown begitu sempurna disatukan dengan bahagian depan Civic yang asalnya serba meruncing.

Sementara itu, sang pembina modifikasi juga sepertinya fasih menterjemahkan bentuk belakang Lexus IS pada bontot Civic. Proses mengganti facelift dan penggantian bahagian belakang juga tidak membuatkan Civic terlihat semakin aneh, justeru sebaliknya, sedan ini tampil makin mewah yang bergaya VIP.

Agar nampak lebih mahal sebagaimana layaknya Lexus, sang empunya model menerapkan sistem suspensi udara pada suspensi-suspensinya yang juga telah di upgrade dengan tayar berdiameter besar. Hasil akhirnya, Civic-Toyota itu hadir lebih rendah sehingga hampir mencecah jalanraya.

Tidak ketinggalan ornamen-ornamen kecil seperti lis krom serta logo yang dicelup dengan warna gold juga menghiasi model tersebut.

Namun tidak ada perincian foto yang menggambarkan interior dari Civic ini. Apakah sang pemilik masih tetap dengan rekaan kabin Civic yang sporty atau malah telah merombak habis-habisan menjadi model Toyota Crown, tiada siapa yang tahu.

Walaupun demikian idea untuk menggabungkan dua brand sekaligus dalam satu produk boleh diberikan pujian. TAHNIAH...!!!


MORAL UNTUK AKU : Apalagi lepas ni kita pakat-pakat buat HONDA CITY berbaju VIOS pulak...amacam...hahahakuketawa...!!!

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan