JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Rabu, 24 November 2010

WANITA SUKA DIPELUK, LELAKI TAK SUKA MEMELUK...!!!

Detail Berita
 
 
Lelaki tidak faham mengapa wanita sangat suka dipeluk. Bagi lelaki, pelukan hanyalah satu daripada pertautan fizik, padahal bagi wanita, pelukan menyimpan makna yang lebih mendalam.

Pelukan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa dan boleh dilakukan bila-bila masa secara spontan. Bagi Anda yang asing dan tak biasa dipeluk mahupun memeluk, mungkin Anda memerlukan sedikit tip.

Belailah dengan lembut akan rambutnya, sentuhlah wajahnya, gosoklah secara lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan Anda dengan jari-jemarinya, gosok dengan lembut akan punggungnya, dan sentiasalah selalu bertentang mata dengannya.

Berikut adalah sedikit gambaran yang positif dari pelukan, seperti yang dititipkan dalam Askmen.

Mengapa wanita suka dipeluk
Aktiviti memeluk akan melepaskan hormon oksitosin. Oksitosin bertanggung jawab memancing apa yang disebut para ilmuwan dengan ‘sepasang ikatan’. Ertinya, pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Dalam urusan cinta, pelukan mampu menciptakan ikatan di antara lelaki dan wanita. Lebih dari itu, bagi wanita, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan.

Pelukan akan lebih bererti jika dilakukan dengan tulus. Jadi, alasan wanita menyukai pelukan adalah kerana makna yang dihadirkan bisa meruntun rasa.

Mengapa Anda harus memeluk

Jika kita boleh membiarkan diri rileks secara fizikal dan emosional, Anda mungkin benar-benar akan menikmati beberapa kelebihan dalam pelukan.

Sebuah penelitian yang dilakukan di Chicago menyatakan, pasangan yang secara teratur dan spontan saling memberi kasih sayang non-seksual, seperti pelukan, akan merasa lebih puas dengan hubungan mereka.

Oksitosin dilepaskan dari otak Anda yang nantinya memunculkan perasaan bahagia dan tidak stress. Nah, perasaan inilah yang akan memberi manfaat positif terhadap hubungan.

MORAL UNTUK AKU : Marilah kita memeluk pasangan kita tetapi janganlah pula kita berpeluk tubuh...hahahakuketawa...!!!

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan