JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Khamis, 18 November 2010

WANITA PALING CANTIK PADA USIA 31 TAHUN...???...eh! betul ke ni...?


TIDAK lagi nampak muda, mengalami penuaan, dan nampak lebih tua berbanding perempuan lainnya, merupakan ketakutan terbesar wanita. Padahal kenyataannya, penelitian menyebutkan bahawa perempuan akan kelihatan paling cantik pada saat mereka berusia 31 tahun.
Penemuan ini berdasarkan jejak pendapat yang dilakukan terhadap 2,000 lelaki dan wanita. Hasil kajian mengungkapkan, tolok ukur kecantikan lebih cenderung identik dengan keperibadian dibandingkan penampilan. Kecantikan sendiri direpresentasikan oleh para responden dalam beberapa unsur.

Sebanyak 70 peratus mengidentifikasikannya sebagai kepercayaan diri, 67 peratus memiliki tubuh menarik, dan 47 peratus tampil stylish. Demikian yang dikutip dari Times of India, Khamis (17/11/2010).

Hampir dua pertiga dari perempuan yang disurvey setuju bahawa kecantikan muncul bersama-sama dengan (bertambahnya) usia. Lalu, lebih dari separuh perempuan mengatakan bahawa semakin bertambah usia, mereka tidak lagi merasa insecure. Riset yang diadakan untuk saluran TV belanja, QVC, ini menandakan pelancaran slotnya iaitu "Beauty Month".

Hampir dua pertiga dari wanita yang disurvey, 63 peratus setuju bahawa "dengan bertambahnya usia, bertambahlah kecantikan wanita."

Jumlah yang sama mengatakan, bahawa bertambah tua usia wanita, mereka kurang peduli terhadap apa yang orang lain fikirkan dengan cara mereka dilihat.

Dan 51 peratus mengatakan, bahawa usia mereka melepaskan ketidakamanan dan membuat mereka merasa lebih cantik.

Survey tersebut juga menemukan fakta, bahawa lelaki saat ini menghabiskan lebih banyak pengeluaran untuk penampilan mereka daripada perempuan. Belanjawan bulanan mereka, termasuk untuk olahraga dan penata rambut mencapai 119 poundsterling, dibandingkan dengan gadis-gadis hanya 105 poundsterling.

"Penelitian ini menunjukkan apa yang sudah diduga kebanyakan orang, bahawa kecantikan yang sesungguhnya itu bukan sekadar wajah cantik, melainkan kombinasi dari kepercayaan diri, gaya, dan keperibadian," kata Sue Leeson, pengarah pemasaran QVC.

"Kami tahu bahawa memperlakukan diri Anda untuk sesuatu yang membuat Anda merasa baik, bereksperimen dengan gaya rambut, dan mengetahui make up yang tepat untuk dipakai merupakan segala hal yang membuat Anda terlihat baik akan meningkatkan kepercayaan diri serta membuat Anda merasa di puncak," katanya.

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan