JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Isnin, 22 November 2010

WANITA BOLEH MINUM KOPI...tetapi...!!!

Detail Berita
 
Tidak ramai wanita yang enggan minum kopi kerana tak elok untuk kesihatan. Anggapan itu tidak seratus peratus benar, kerana wanita boleh meminum kopi selagi jumlah yang diperuntukkan untuk satu hari tidak diambil secara berlebihan.

Pernyataan tersebut disampaikan oleh Agustino Romulo selaku Associate Manager Nutrifood Research Center. Beberapa penelitian menunjukkan, mereka yang sentiasa mengambil kopi (namun tidak berlebihan) diketahui memiliki risiko yang tinggi untuk tidak terkena penyakit jantung dan diabetes. Namun perlu diingat bahawa masih terdapat faktor-faktor lain, seperti faktor keturunan dan gaya hidup, yang juga berpengaruh terhadap tingkat risiko penyakit-penyakit tersebut.

“Jika Anda suka mengambil kopi, saya sarankan untuk mengambilnya tidak lebih dari 3 gelas dalam sehari. Apabila diambil secara berlebihan, kafein pada kopi dapat meningkatkan denyutan jantung sehingga dada terasa berdebar, menyebabkan gangguan tidur, serta menyebabkan seseorang merasa gelisah. Namun, khusus bagi mereka yang sensitif kafein, saya sarankan untuk menghindari kopi,” kata Agustino.

Selain itu, sambungnya, perhatikanlah jumlah gula atau creamer yang ditambahkan dalam kopi Anda. Komponen-komponen tambahan ini dapat berkontribusi terhadap campuran kalori yang masuk ke tubuh Anda. Pemakaian secara berlebihan, justeru dapat memengaruhi berat badan sehingga penggunaannya perlu dikawal.

1 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

armouris berkata...

lagi info tentang kopi di SIHAT SELALU - Kopi Mahkota Dewa

Catat Ulasan