JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Sabtu, 27 November 2010

UKURAN MAMALIA MEMBESAR SETELAH DINOSAUR PUNAH...!!!

Ukuran badak purba dengan manusia
Ukuran haiwan-haiwan mamalia membesar setelah kemusnahan mendadak dinosaur 65 juta tahun yang lalu, ujar para para ahli biologi.

Binatang-binatang mamalia ini ukurannya membesar kerana saat itu tidak ada lagi binatang besar yang memakan sumber makanan yang tersedia, demikian menurut sebuah penelitian yang diterbitkan oleh jurnal Science.

Seperti yang dipetik dari Telegraph, ukuran-ukuran mamalia pada saat pasca kemusnahan dinosaur berevolusi menjadi besar hampir menyamai ukuran pasif dari dinosaur.

Dr. Jessica Theodor, profesor biologi di Calgary University di Kanada, berkata bahawa ketika dinosaur musnah, tiba-tiba tiada mahkluk yang memakan tumbuh-tumbuhan yang tersedia. "Sumber makanan yang banyak membuatkan mamalia berevolusi menjadi besar, kerana akan lebih efisien berukuran besar apabila menjadi seekor herbivor," kata Jessica Theodor.

Theodor juga menambahkan bahawa dalam kurun waktu 25 juta tahun lalu mamalia-mamalia tersebut berevolusi menjadi besar. "Itu adalah waktu yang cukup lama untuk ukuran evolusi,"

Theodor dan para pengkajinya menyimpulkan penelitian tersebut setelah meneliti sejumlah mamalia berukuran besar pada setiap benua.

Mamalia terbesar yang pernah hidup di muka Bumi adalah seekor herbivor yang menyerupai badak dengan tinggi sekitar 5.5 meter yang hidup di Eurasia sekitar 34 juta tahun yang lalu.

Akan tetapi badak tersebut kalah dengan ikan paus biru moden yang mana beratnya mampu mencapai 200 tan.

MORAL UNTUK AKU : Apasal badan aku tak besar-besar walaupun makan tak henti-henti...Harap perut je dah nak jadi boroi...hahahakuketawa...!!!

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan