JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Selasa, 23 November 2010

TOYOTA ETIOS - Model Termurah Berenjin VIOS...!!!

NEW DELHI- Toyota India akan segera melancarkan model termurah iaitu Etios. Namun versi sedannya yang akan terlebih dulu dilancarkan dan akan disusuli oleh model hatchbacknya.

Sehingga kini memang belum ada informasi rasmi mengenai spesifikasi teknikal mengenai model tersebut. Namun
Indianautosblog, Isnin (22/11/2010) telah mengkhabarkan bahawa Toyota Etios sedan yang akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Disember 2010 ini.

Model tersebut memiliki panjang 4.265 mm, lebar 1.695 mm, tinggi 15.10 mm, dan jarak titik roda 2.550 mm. Perbezaan antara versi sedan mahupun
hatchback hanya pada bahagian but belakang.

Enjin Toyota Etios menyimpan tenaga sebanyak 90 PS dengan tork maksimum 132 Nm pada 3.000 rpm. Keluaran tenaga itu dihasilkan dari enjin berkapasiti 1.5 liter 4 silinder sebaris 16 injap DOHC.


Memang belum ada yang menyebut bahawa spesifikasi Etios ini bersumber dari keterangan pihak Toyota. Namun bila melihat data-data yang ada sepertinya, Toyota masih tetap menggunakan enjin 1.5 liter yang juga dipakai pada Avanza, Terios, Vios, serta Yaris. Walaupun pada keempat model tersebut telah dipasangkan sistem VVT-i.


Etios disebut-sebut sebagai EFC (
Economical Family Car) oleh Toyota kepada seluruh rakyat India di Pameran New Delhi Auto Expo, Januari 2010 lalu. Di India model ini dikatakan akan ditawarkan pada tanda harga Rp140 juta untuk jenis sedan, sementara varian hatchback ditawarkan pada harga Rp110 juta.

Di Negeri Tajmahal itu, Toyota berkira-kira dapat menjual 65.00 unit Etios tahun depan, dan menjadi salah satu best seller dari Toyota dan cuba memecah dominasi model Maruti Suzuki.
MORAL UNTUK AKU : Aku agak-agak la ni mesti model gantian untuk VIOS yang sampai sekarang aku tak dapat beli...ish...ish...ish... 

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan