JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Khamis, 25 November 2010

T - REX ADALAH PREDATOR TERPANTAS...!!!

Sebagai predator terbesar yang pernah hidup di Bumi, Tyrannosaurus Rex adalah yang terpantas, menurut sebuah pengkajian yang terbaru. Menyanggah pendapat terdahulu yang menyebutkan bahawa T Rex adalah haiwan pemakan bangkai yang lembab.

Reptilia seberat 7 tan dengan panjang 40 kaki dan tinggi 13 kaki tersebut mampu mengalahkan kepantasan mana-mana predator pun di zamannya, mengingatkan kita akan besarnya otot-otot mereka untuk berlari cepat. Sebelumnya ekor dari T Rex dianggap adalah penyeimbang untuk berat dari mahkluk tersebut. Demikian seperti yang dipetik dari jurnal Telegraph.

Ahli Paleontologi Scott Persons dari University of Alberta, Canada, mengatakan "Kebalikan dari teori sebelumnya, T Rex itu memiliki kepantasan,"

Dia membandingkan ekor dari reptilia moden seperti buaya dan Komodo dengan T Rex yang hidup sekitar 65 juta tahun yang lalu, dan menemukan bahawa otot terbesar dari mereka semua tersambung dengan tulang kaki dibahagian atas mereka.

Otot 'caudofemoralis' ini menyediakan tenaga kinetik yang membolehkan mereka untuk melakukan gerakan maju ke depan dengan cepat. Akan tetapi Persons menemukan satu perbezaan yang cukup hebat pada struktur T Rex. Ekor binatang mendapatkan bentuk serta kekuatannya dari tulang iga yang terhubung dengan tulang belakang. Persons menemukan bahawa tulang iga di ekor T Rex berlokasi agak sedikit ke atas.

Pengukuran tulang T Rex oleh Persons dengan menggunakan computer-modelling menunjukkan estimasi massa otot yang sebelumnya dari tinggi T Rex, yang mana diperkirakan sebanyak 45 peratusa.

Penemuan ini adalah bantahan yang membuat banyak pengkaji sebelumnya percaya bahawa T Rex adalah mahkluk yang hanya memakan bangkai.

Untuk kepantasan T Rex yang sebenarnya, para pengkaji mengatakan bahawa hal tersebut amat sukar untuk diperincikan. Tetapi penemuan Scott Parsons yang diterbitkan di The Anatomical Record, percaya kalau T Rex mampu mengejar haiwan apapun yang ada di ekosistemnya.

MORAL UNTUK AKU : Agak-agak korang la kalau T-REX lari 100 meter adakah dia mampu memecahkan rekod dunia USAIN BOLT...?...hahahakuketawa...!!!

2 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

a.samad jaafar berkata...

N3 yang hebat tahap T Rex bro... banyak yang bulih aku baca kat sini.. eok aku datang balik ye..ni doh nak tido nih..

KARTUNIS CERI berkata...

ok...gua memang sokong apa yang lu buat untuk kebaikan kita bersama...amacam...

Catat Ulasan