JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Khamis, 25 November 2010

SUZUKI KIZASHI BERTENAGA SEHEBAT FERRARI...!!!

CALIFORNIA- Suzuki Kizashi merupakan sedan sport yang terbaru dari Suzuki. Namun model ini telah membuktikan bahawa ia mampu mencatatkan rekod dunia.

American Suzuki Motor Corporation (ASMC) telah berjaya melakukan modifikasi ke atas sedan Suzuki tersebut dengan berjaya mencatatkan kelajuan sehingga 327.855 km/jam dan mengukir prestasi sebagai Kizashi terpantas di dunia. Rekod ini juga berjaya dihasilkan dengan memadamkan catatan waktu sebelumnya iaitu 325.571 km/jam.

Pencapaian kali ini telah dilakukan oleh Road & Track International editor, Sam Mitanidi, di litar Bonneville Salt Flats. Litar ini memang terkenal sebagai trek untuk menguji kelajuan maksimum dari sebuah kenderaan bermotor sebelum akhirnya mencatatkan rekod dunia.

Apa yang membuatkan Kizashi ini begitu istimewa? Ternyata idea disebalik kejayaan ini merupakan ilham dari Holdener/Habrzyk. Mereka telah membuat perubahan baru kepada model Kizashi. Misalnya ialah dengan melakukan port and polish kepada cylinder head, menukarkan intake manifold kepada yang baru, header berekaan long tube, serta ditambah forged piston untuk mencapai keluaran tenaga yang maksimum pada putaran enjin yang tinggi.

Seiring meningkatnya keluaran tenaga ini juga telah menuntut Kizashi untuk dibekalkan dengan sistem intercooling air-to-water. Bahagian saluran juga diganti paip tambahan 3.5 inci yang difabrikasikan berserta motor turbo.

Untuk memastikan ia agar tetap melekat dengan stabil di atas trek sepanjang 1.921 m, pasukan ASMC juga menggunakan parasut di bahagian belakang, sebuah penyekat aluminium, tayar drag serta cermin tingkap dibahagian belakang yang dimatikan.

Dengan semua perubahan itu maka Kizashi kini layak pula untuk beradu tenaga dengan Ferrari mahupun Lamborghini.

MORAL UNTUK AKU : Apasal banyak orang skang gila main Drag dan Drift...???

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan