JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Rabu, 24 November 2010

SKUTER BERENJIN 1,000cc DARI PRODUKSI KTM...!!!

KTM SC-Duke
AUSTRIA- Selepas berjaya menggemparkan dunia dengan model Duke, KTM ternyata masih mempunyai senjata lain yang dicanang bakal menggemparkan industri seluruh motor dunia.

Produksi yang berasal dari Austria ini dikatakankan tengah merancang satu produk baru dalam kategori skuter matik (skutik). Namun bukan skutik biasa yang tengah disiapkan oleh KTM.

"KTM kini tengah merancang maxi skutik SC-Duke yang dilengkapi dengan enjin 1.000 cc," tulis 1000scooters, Selasa (23/11/2010).

Mesin super kelas itu dikombinasikan dengan transmisi automatik yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 98 hp dengan tork maksimum sehingga 90 Nm.

Sumber tenaga ini pula akan meletakkan SC-Duke sebagai skutik bermesin 1.000 cc pertama di dalam kelasnya.

Selain bakal hadir sebagai skutik pertama yang menggunakan enjin sehingga 1.000 cc, KTM SC-Duke juga akan membawa suatu perubahan kerana menerapkan rangka dari bahan baja teralis yang dikombinasikan dengan aluminium. Wow...!!!

Spesifikasi seperti itu umumnya diterapkan pada motor super sport. Tetapi KTM ingin cuba mempraktikkannya kedalam sebuah skutik.

Belum ada kenyataan rasmi yang menyebutkan berapa harga yang diletakkan KTM untuk skutik bertenaga besarnya ini. Namun motor dengan roda 17 inci itu dikatakan bakal diletakkan harga tidak kurang dari 10.000 Euro.

MORAL UNTUK AKU : Aku tak boleh beli ini motor pasal aku tak pandai bawak motor...hahahakuketawa...!!!

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan