JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Jumaat, 26 November 2010

PLAYSTATION 3 SUKAR SAINGI PS2...???

PlayStation 3
Sony Computer Entertaiment memang menjadi perusahaan pertama yang mampu menjual konsol game sehingga 100 juta unit, melalui Playstation 2 (PS2). Namun, kejayaan tersebut akan sukar diulangi oleh penggantinya iaitu Playstation 3 (PS3).

PlayStation 3 mungkin tidak berjaya seperti pendahulunya sejak para pesaingnya jauh lebih kuat hari ini. Asal tahu saja, hingga saat ini PS2 sudah terjual lebih dari 147,600,000 unit. Demikian yang diulas Xbit Labs, Jumaat (26/11/2010).

Lihat saja, persaingan antara Microsoft (Xbox) dan Nintendo (Wii) tidak terlalu signifikan sangat kerana kedua-duanya berusaha untuk memberikan tahap yang berkualiti tinggi. Baik Microsoft Corp dan Nintendo yang memiliki penawaran radikal yang lebih maju daripada kembali di era PlayStation 2, bahkan mantan eksekutif dari Sony mengakui bahawa PS3 tidak mampu memenangikan persaingan ini.

"Saya berharap PS3 mampu mencantas kehebatan PS2. Tapi saya fikir dinamik pasaran yang sedikit berbeza ini, jauh lebih kompetitif. Jika PS3 tidak mencapai target yang sama, itu akan memakan waktu lebih lama dan akan menjadi tentangan yang lebih sukar,"kata Phil Harrison, mantan wakil presiden eksekutif dari Sony Computer Entertainment Eropah.

Menurut perkiraan VG Chartz, sampai saat ini Sony menjual 41.3 juta PlayStation 3 konsol game, Microsoft menjual 45.4 juta Xbox 360 dan Nintendo berhasil menjual 76.3 juta dari konsol game Wii.

PlayStation 3 memang sudah berada di landasan yang benar dalam hal meninggalkan Xbox 360 dalam beberapa bulan mendatang. Namun Microsoft tidak berdiam diri dan mungkin menawarkan layanan tambahan untuk konsol, yang akan meningkatkan nilai pada pelanggan dan tidak akan membiarkan ia ketinggalan di tempat ketiga di pasaran konsol game.

Walaupun Sony PS3 dapat meninggalkan Microsoft Xbox 360 dibelakang, persaingan yang paling penting adalah terhadap Nintendo Wii, yang sangat popular dan murah untuk memproduksikan konsolnya. Persaingan ini mungkin tidak akan pernah tamat.

"Ken Kutaragi (pencipta Nintendo) adalah seorang genius, tetapi dia mempunyai sedikit keberuntungan dengan PS3. Anda tidak akan berjaya untuk mendapatkan tiga medal emas berturut-turut," kata Chris Deering, mantan presiden Sony Computer Entertainment Eropah yang tamat perkhidmatan pada 2005.

Populasi orang yang berminat dalam permainan video semakin meningkat. Tetapi PS3 tidak akan menunjukkan pertumbuhan hampir 50 peratus dari penjualan unit PS2. Ini kerana Sony perlu menjual 225 juta PS3 untuk mengalahkan penjualan PS2.

MORAL UNTUK AKU : PS2 pun aku takde inikan pula PS3...PSP lagila jangan harap...hahahakuketawa...!!!

1 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Modern Talking berkata...

ps3 kurang sambutan sebab guna bluray disc, so mmg xdapek lah nak buat game pirate.. ps2 & xbox360 still guna dvdrom lagi.. dan banyak perisian pirate boleh didapati..so itu sbb console ps3 kurang mendapat sambutan

Catat Ulasan