JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Selasa, 30 November 2010

NSX MODEL BARU AKAN MUNCUL 2014...!!!

NSX Hybrid
Pada tahun 1991, ACURA adalah salah satu division dari Honda, sempat mengejutkan dunia sebagai mobil eksotik dengan pengenalan supercar NSX. Ini dibuat untuk menyaingi Ferrari 328.

Namun, kenangan yang indah tersebut tidak dapat bertahan selamanya. Akhirnya pada tahun 2005 NSX dihentikan produksinya kerana penjualannya yang terus merosot.
Pada awalnya generasi terbaru NSX diyakini akan muncul pada 2009, tetapi krisis ekonomi yang telah melanda berbagai-bagai negara menyukarkan perancangan tersebut. Tetapi keinginan Honda untuk membuat semula versi terbaru dari NSX nampaknya muncul kembali.

Seperti dipetik dari Topspeed, model dua pintu tersebut diharapkan akan dapat dijual pada 2014 akan datang. Sayangnya, tidak banyak yang dapat dibongkar pada penampilan NSX masa depan tersebut.

Tetapi NSX akan menampilkan bentuk yang terdiri dari panel serat karbon melalui kerangka yang dibuat dari aluminium. Untuk sektor sumber tenaga, dengar khabar bahawa enjin yang akan digunakan NSX adalah V10 berkapasiti 4,500 cc yang dapat memproduksikan tenaga sebesar 550 Hp.

Namun khabar yang lainya menyebutkan, NSX akan menggunakan enjin V6 berkapasiti 3,500 cc yang akan memberikan tenaga sehingga 400 HP dengan kombinasi motor elektrik.

NSX berkemungkinan besar juga akan ditawarkan dalam versi supercharged dan digabungkan dengan sistem SH - AWD (Super Handling All-Wheel Drive).
Sistem SH-AWD dapat bekerja sebagai kawalan distributor antara roda depan dan belakang. Dengan distributor jenis tork independent, yang diatur dari roda belakang kiri dan kanan untuk bebas mengeluarkan jumlah tork optimal kepada keempat-empat roda sesuai dengan kondisi pacuannya.

Dengan menggunakan enjin tersebut, diharapkan NSX dapat melakukan pecutan dari 0 hingga 60 mph dalam masa kurang dari 3.8 saat dan mencapai kelajuan maksima sehingga 200 mph.

Generasi baru Acura NSX ini diharapkan dapat mulai dijual pada 2014 dengan harga lebih dari USD150,000. Tetapi belum diketahui apakah NSX akan muncul sebagai Acura atau Honda, kita tunggu sahaja nanti.
   

1 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Encik Gorilla berkata...

aiyakkkk... tengok harga yg tak boleh tahan tu.... huhuhu

Catat Ulasan