JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Isnin, 22 November 2010

NISSAN AKAN LUNCURKAN 370Z VERSI NISMO...!!!

TOKYO- Nissan telah berkira-kira akan kembali menghadirkan coupe terhebat mereka iaitu 370Z. Coupe ini akan menjadi prokduksi model asal Jepun ini dalam versi yang berbeza.

370Z akan hadir dalam versi Nismo dan memiliki beberapa perubahan di beberapa bahagian, termasuk interior dan eksterior. Namun perubahan yang paling mengujakan terletak pada bahagian enjinnya.

Masih menggunakan enjin yang sama, namun kali ini 370Z Nismo hadir dengan tenaga yang lebih besar. Enjin berkapasiti 3.7-literdengan konfigurasi V6, kali ini sanggup memberikan tenaga 350hp pada 7.400 rpm dengan tork sebesar 276 pada 5.200 rpm.

Dengan tenaga sebesar itu, Nismo Z dapat mencapai kelajuan maksimum sehingga 155mph, yang dibatasi secara elektronik. Bila speed limiter tersebut dilepas, berkemungkinan kelajuan maksimumnya dapat bertambah.

Enjin tersebut lantas dikahwinkan dengan transmisi manual 6-speed close ratio dengan Nissan's "SynchroRev Match" yang disinkronisasikan dengan downshift rev matching system.

Penampilan Nismo akan tetap sama dengan versi terdahulu, namun bahagian depan akan sedikit dipanjangkan, dan ditambah spoiler, side skirt yang dibina khas, bumper belakang yang unik, dan spoiler belakang multi-fungsi.

Pada bahagian interior, terdapat tempat duduk dengan logo Nismo berbalut kain hitam dan merah. Untuk membantu pemandu memantau kondisi putaran enjin, terdapatnya tachometer Nismo.

Untuk keselesaan, roda steeringnya dibalut dengan kulit halus dan jahitan paralel merah agar dapat mewujudkan kesan rasa yang ekslusif.

Khabarnya Nissan akan memproduksikan model 370Z NISMO ini secara terhad namun perusahaan asal di Jepun tersebut tidak memperincikannya dengan lebih lanjut mengenai harganya.

Namun yang pasti, 370Z Nismo tersedia dalam lima pilihan warna luaran termasuk satu warna baru untuk 2011: Gun Metalic.

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan