JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Jumaat, 26 November 2010

NAK MINTA NAIK GAJI...? INILAH CARANYA...!!!

 


Seorang pekerja sudah tentu menginginkan kenaikan gaji. Apatah lagi jika sudah bekerja dengan cukup lama. Tetapi, minta kenaikan gaji kepada bos anda juga ada caranya.

Sebelum meminta kenaikan gaji, sebaiknya anda mempersiapkan diri semaksimum mungkin agar bos anda mempertimbangkan kenaikan itu. Windya Novita dalam buku 13 Jurus Jitu Sukses di Dunia Kerja menyatakan, langkah pertama, tentunya anda harus menunjukkan sikap kerja yang baik sebelum menuntut hak atas kenaikan gaji. 

Selanjutnya, anda perlu juga menjalinkan hubungan baik dengan rakan sekerja dan orang-orang atasan anda. Suasana kondusif di pejabat mampu memberi penilaian baik atas kerja anda. Selain itu, sebaiknya anda juga tidak melanggar peraturan syarikat. Melanggar peraturan boleh dianggap membangkang setiap etika syarikat. Ertinya, impian kenaikan gaji pun akan tertunda.

"Anda juga harus menumbuhkan sisi positif dalam diri di lingkungan kerja. Dengan sikap ini akan tercermin bahawa anda mempunyai peribadi yang matang dan bertanggung jawab dalam bekerja," tambah Novita dalam buku terbitan Daras Books ini.

Wanita bertudung ini menambahkan, sebagai pekerja anda juga harus memanfaatkan setiap jam kerja seefektif mungkin sehingga mampu memenuhi deadline syarikat tepat pada waktunya. Selain itu, ciptakan berbagai-bagai prestasi dalam pekerjaan anda. Dengan demikian, pihak syarikat tentu akan mempertimbangkan keinginan anda untuk meminta kenaikan gaji.

Perlu diingatkan, pekerja yang pernah memiliki konflik peribadi dengan rakan sekerja atau ketua akan diberi catatan merah oleh pihak atasan. Kerana itu, hindarilah konflik di tempat kerja. Sebab, hal itu justeru akan mengurangkan nilai prestasi kerja anda.

Hal terakhir yang perlu anda perhatikan ketika mempertimbangkan untuk kenaikan gaji adalah, mengintrospeksi diri sendiri, apakah anda layak mendapatkan kenaikan gaji atau tidak. "Jika selama ini anda bekerja biasa-biasa saja, dalam erti tidak memberikan kontribusi yang cukup berguna untuk syarikat, maka apakah anda layak mendapatkan kenaikan gaji?" tegas Windya dalam buku setebal 204 halaman tersebut.

MORAL UNTUK AKU : Kalau aku minta naik gaji agak-agak berapalah yang akan aku dapat...!!!...hahahakuketawa...

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan