JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Rabu, 24 November 2010

MOTOR BERENJIN PORSCHE...!!! Gila Sengal Punye Modified

JAKARTA- Pernahkah anda membaca berita mengenai motor berenjin kereta? Ya, beberapa builder Eropah mahupun Amerika Syarikat (AS) memang telah menerapkan modifikasi model seperti itu.

Namun kini khabar baik datangnya dari dalam negara Indonesia. Modifikator mereka telah berusaha menerapkan konsep rombakan sebegitu dalam meniru beberapa modifikator luar negera tersebut.

Lulut Puspo Wibowo modifikator yang berasal dari Yogyakarta telah berjaya menggabungkan enjin kereta ke dalam sebuah rangka sebuah motor.

"Saya bersama pasukan saya kini sedang mencuba untuk meletakkan enjin Porsche pada sebuah motor," ujar pemilik bengkel modifikasi Retro Classic Cycle tersebut ketika ditemui di Jakarta, Selasa (23/11/2010).

Walaupun masih malu-malu untuk menyebut tentang garapan modifikasi terbarunya, Lulut telah membocorkan sedikit maklumat mengenai motor bertema sport klasik yang sedang ia bangunkan itu yang akan menggunakan enjin Porsche dengan kapasiti silinder paling kecil akan digunakan.

"Kita cuba pakai enjin dengan HP paling kecil, tapi bentuknya seperti apa dan konsepnya bagaimana, tunggu saja nanti," ujar dia.

Meskipun demikian lelaki berkacamata itu mengaku kali ini pasukan dari bengkelnya akan berusaha melakukan modifikasi di tanah airnya sendiri.

"Kita ingin tunjukkan teknologinya. Jadi kita bikin motor yang kalau orang lain lihat pasti hairan ini motor apa," jelas Lulut.

Nantinya sambung dia, motor tersebut akan diterbangkan ke pertandingan modifikasi Mooneyes Hotroad 2011 di Yokohama, Jepun.

MORAL UNTUK AKU : Teringin nak lihat orang Malaysia sumbatkan enjin CAMPRO ke dalam basikal pulak...hahahakuketawa...!!!

1 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

wintersmiley berkata...

hahahahaha....... aku suka ketawa :P

Catat Ulasan