JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Isnin, 29 November 2010

MALARIA :- Penyebab FIRAUN Mati...???

Pasukan yang dipimpin oleh Zahi Hawass menyimpulkan hasil penemuan mereka bahawa Tutankhamun meninggal kerana malaria.
Selama bertahun-tahun, ilmuwan mencuba untuk mengungkap misteri akan kematian Raja Tutankhamun. Penemuan terbaru menyebutkan, Firaun Mesir yang paling terkenal itu meninggal kerana malaria.

Hasil penelitian DNA menyebutkan, Raja Tutankhamun meninggal pada usia 19 tahun disebabkan komplikasi akibat patah kaki yang kemudian diserang pula oleh malaria. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal American Medical Association ini juga menemukan bukti bahawa Raja Tutankhamun menderita sumbing pada langit-langit mulut dan mengalami clubfoot atau tulang kaki bengkok. Penyakit yang terakhir menjadikannya sebagai seorang Firaun yang memerlukan alat bantu untuk berjalan. 

Tutankhamun yang demikian jelasnya, menjadi Firaun di usia 10 tahun pada masa 1,333 SM. Dia hanya sempat memerintah kerajaan Mesir kuno selama sembilan tahun sehingga kematiannya tiba. Tutankhamun adalah keturunan terakhir dari dinasti ke-18 Kerajaan Mesir Baru, salah satu dinasti paling berkuasa pada zaman itu.

Dipetik dari Daily Mail, kesimpulan ini diperolehi berdasarkan hasil ujian DNA dan pemindaian CT terhadap 16 mumia termasuk mumia Tutankhamun. Kajian ini awalnya dilakukan dengan menggunakan identifikasi sejumlah mumia yang satu keturunan dengan keluarga Tutankhamun.

Penyebab kematian Tutankhamun selama ini menjadi perdebatan di kalangan ilmuwan, arkeologi dan sejarawan. Sebahagian mereka menyakini Tutankhamun meninggal ketika patah kaki yang dialaminya semakin parah akibat penyakit malaria. Sementara sebahagian lainnya berspekulasi bahawa Tutankhamun mati kerana sengaja dibunuh.

Arkeologi Zahi Hawass yang memimpin penelitian ini mengumumkan penemuan terbaru mereka secara lengkap di Museum Kairo, di mana mumia-mumia Firaun terkenal ditempatkan di sana.

MORAL UNTUK AKU : Aku rasa kalau dulu firaun ada isap rokok masa dia mati mesti para pengkaji suspek dia kena radang paru-paru kot...hahahakuketawa...!!!

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan