JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Selasa, 30 November 2010

LELAKI Berjari Manis Panjang Adalah Calon Jadi KAYA...!!!

Jika seseorang memiliki jari manis yang lebih panjang berbanding jari yang lainnya, kemungkinan besar ia adalah calon orang kaya di masa hadapan. Sebuah kajian telah menyimpulkan hal ini.

Kajian yang dilakukan oleh Concordia University di Canada telah melakukan perbandingan terhadap 415 orang laki-laki dan perempuan. Mereka membandingkan ukuran panjang jari dengan perbezaan personaliti seseorang.

Kesimpulannya, laki-laki dengan ukuran jari manis yang lebih panjang, khususnya jika dibandingkan dengan panjang jari telunjuk, akan memiliki kemampuan mencari wang yang lebih besar kerana sifat 'work hard play hard' yang dimiliki.

"Lelaki dengan jari manis yang lebih panjang tidak mudah mengatakan 'tidak', baik untuk memutuskan soal kewangan mahupun memenangkan hati seorang wanita," ujar peneliti, Eric Sternstorm.

Di sisi lain, wanita yang menginginkan lelaki 'biasa' harus memilih lelaki dengan ukuran jari telunjuk yang lebih panjang berbanding jari lainnya. Ini kerana lelaki dengan jari telunjuk yang lebih panjang cenderung mengambil langkah 'selamat', tidak mahu terlalu berisiko, bahkan cenderung membosankan.

Para peneliti menemukan jika tingkat testosteron telah memberikan pengaruh pada ukuran jari lelaki. Lelaki dengan ukuran jari manis panjang memiliki kadar testosteron yang tinggi dan cenderung mendominasi. Lelaki seperti ini mampu mengambil risiko yang besar sekalipun dan memiliki kehendak yang kuat untuk menang.

"Lelaki seperti inilah yang dicari oleh para wanita kerana memiliki kesan sihat, kaya dan tegas. Penemuan kami sangat erat kaitannya dengan kadar testosteron yang tinggi dan lelaki seperti ini tidak memikirkan risiko apapun dalam tiga hal, iaitu hiburan, sosial dan kewangan," ujar Sternstorm.

MORAL UNTUK AKU : Tapi apasal jari manis aku panjang tetap aku tak kaya-kaya ha...???...hahahakuketawa...!!!

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan