JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Jumaat, 26 November 2010

[ LAPTOP, NETBOOK & TABLET ] - Mana Yang Harus Dibeli...???

Perkembangan komputer bimbit kini semakin meningkat dengan kehadiran tablet. Sebelumnya di segmen ini telah hadir terlebih dahulu, laptop dan netbook.

Solusi yang dirangkumkan oleh PC World, menyebut berkemungkinan terjadinya salah panduan sebelum pengguna memutuskan untuk membeli antara laptop, netbook dan tablet.

1. Berapa Budjet Yang Anda Ada?

iPad yang menjadi salah satu pelopor tablet saat ini, tentu menawarkan harga yang lumayan yang spesifikasinya tidak jauh berbeza dengan netbook. Contohnya, di Amerika Syarikat, iPad wifi dengan kapasiti 16GB dijual sekitar USD499 hingga USD829 dengan kapasiti 64GB.

Bandingkan dengan netbook, dengan harga USD499 pengguna sudah mampu untuk mendapatkan netbook dengan spesifikasi jauh lebih bagus. Apalagi, rata-rata harga netbook dalam lingkungan USD300 saja.

2. Apakah Anda Menggunakan Multimedia di Mana Saja?

Jika ya, jawapannya adalah iPAd. Kerana, tablet ini memiliki layar besar dan cerah, masa pakai baterinya yang tahan lama akan membiarkan Anda menonton filem yang telah anda download. Tentu saja, Anda tidak hanya menonton video dengan DVD, tapi Anda mampu menukarkannya melalui iTunes.

Sebuah netbook yang bagus memiliki jangka hayat bateri yang lebih baik daripada kebanyakan laptop, oleh itu ianya boleh menjadi pilihan kedua Anda. Anda juga harus men-download filem kerana di netbook, tidak tersedia optical drive.

3. Apakah Bidang Kerja Anda Memerlukannya?

Anda perlu laptop atau netbook untuk menjalankan Microsoft Office. Tapi itu bukan pengakhiran ceritanya. Meskipun iPad tidak berfungsi dengan baik melalui Windows atau Mac Office, namun Apple memang menawarkan sejumlah aplikasi yang bagus yang akan memberikan banyak fungsi yang sama.

4. Apakah Pekerjaan Anda Memerlukan Keyboard?

Jika Anda berbicara tentang mengirim email ringkas atau tulisan pendek saja, maka iPad menjadi pilihan yang tepat. Untuk menulis tugas berat, Anda memerlukan keyboard berukuran penuh, dan itu sudah bererti anda memerlukan sebuah laptop.

Salah satu rahsia kecil tentang kekurangan dari Netbook adalah bahawa kebanyakan keyboardnya telah dikecilkan. Itu bererti beberapa tombol fungsi dan navigasi berada di tempat yang tidak sesuai atau bahkan dihilangkan terus.

Bagaimana keyboard iPad? Saya fikir itu soal selera. Kerana pengguna yang sudah terbiasa dengan keyboard virtual, tidak akan mengalami kesulitan menggunakan keyboard iPad.

5. Apakah Anda Ingin Bermain Game?

Game menjadi aplikasi penting, selain untuk bekerja. Jika begitu, maka iPAd adalah jawapannya. Dengan menggunakan aplikasi game di App Store, pengguna boleh mendapatkan game yang diinginkan. Sesuatu yang mustahil untuk didapati di netbook ataupun laptop.
MORAL UNTUK AKU : Kalau aku ada duit ketiga-tiganya aku nak rembat...hahahakuketawa...!!!
 

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan