JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Rabu, 24 November 2010

KOENIGSEGG TREVITA 2010 - KERETA TERMAHAL DI DUNIA...!!!

LONDON- Berdasarkan harga jualan off the road sampai akhir Oktober 2010 lalu, Koenigsegg Trevita 2010 merupakan kereta termahal di dunia. Apa keistimewaannya?
Pertama yang membuat model ini begitu istimewa tentulah harganya. Model Swedia itu berharga USD2.21 juta atau RM 7 juta. “Model ini dilengkapi dengan Koenigsegg bodywork yang ditaburi berlian, sistem hiburan tercanggih, instrument cluster chrono, sehinggakan beg udara dan peranti pemantau tayar yang khas,” kata Carsandreviews, Ahad (21/11/2010).

Pihak produksi mengungkapkan, model ini dipasangkan enjin 4.700 cc dan dilengkapi twin supercharger, serta menggunakan bahan bakar biofuel. Tenaga yang dihamburkan oleh enjin ini dicatatkan sehingga 1.004 daya kuda pada 7.200 rpm dan tork sebesar 782 lb-ft pada 6.100 rpm.

Keistimewaan model ini semakin menjadi-jadi kerana Koenigsegg hanya mengeluarkan sebanyak tiga unit sahaja. Satu unit Trevita Koenigsegg ada di garaj presenter terkenal Amerika Syarikat (AS), Jay Leno sedangkan satu unit lainnya ada pada seorang milllionair di Afrika Selatan. Unit terakhir masih lagi menjadi misteri kerana Koenigsegg memang tidak pernah mahu memberitahu identiti pemilik model-model istimewa mereka.

Sebenarnya Trevitta diambil dari model Koenigsegg lainnya iaitu Koenigsegg CCXR. Sebelum melahirkan Trevitta Koenigsegg, produksi model asal Swedia itu pernah meluncurkan Koenigsegg CCXR Edition. Seperti Trevitta, Edition juga memiliki harga yang luar biasa mahalnya. “Kami tidak akan pernah menjual model murah. Model-model yang kami ciptakan walaupun sedikit tetapi haruslah lebih mahal dari Bugatti Veyron,” ujar CEO Koenigsegg Dag Alexander Hoili.

Sejak pertama kali dibentuk pada 1994 oleh Christian Von Koenigsegg, perusahaan ini tidak pernah terfikir untuk memproduksikan model-model yang berharga jutaan dolar. Yang ada di fikiran Christian Von Koenigsegg waktu itu hanyalah membuat model yang eksotik namun memiliki kelajuan terhebat.

Keinginan Christian Von Koenigsegg terwujud ketika pada 1996, perusahaan yang beliau bangunkan telah menwujudkan Koenigsegg CC. Hebatnya kelajuan Koenigsegg CC berhasil untuk mengalahkan kelajuan model McLaren F1 waktu itu.

Koenigsegg CC berhasil mencipta kelajuan maksimum iaitu 388 kilometer per jam. Prestasi tersebut kembali berulang ketika Christian Von Koenigsegg membuat kesinambungan kepada Koenigsegg CC yakni Koenigsegg CCX. Model ini mampu mencipta kelajuan pada 0-300 kilometer per jam hanya dalam waktu 29 saat.

Dunia automotif pun terkejut kerana perusahaan kecil yang ada di kawasan Helsinborg itu mampu membuat model-model yang fantastik. Seperti Trevitta,Koenigsegg CCX juga merupakan salah satu model termahal di dunia.

Dag Hoili merupakan salah satu tokoh yang memberikan nafas baru kepada Koenigsegg. Seperti disebutkan tadi, Christian Von Koenigsegg hanya fokus kepada perkembangan tentang kelajuan. Namun pembinaan itu terganggu ekoran krisis ekonomi.

Koenigsegg yang beliau usahakan hampir muflis. Dari situlah Dag Hoili datang. Pengusaha kaya raya yang berasal dari Sweden ini terus melaburkan sejumlah modal bagi Koenigsegg. Lalu beliau pun menciptakan suatu pembinaan baru iaitu membuat model-model super eksklusif sehingga kini.

MORAL UNTUK AKU : Kereta mahal-mahal dan laju-lajupun insuran ngan roadtax tetap kena bayar setiap tahun...hahahakuketawa...!!!

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan