JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Isnin, 29 November 2010

INGIN MEMIKAT LELAKI...? PAKAILAH BAJU MERAH...!!!

Mata lelaki seringkali dianggap 'NAKAL' apabila melihat perempuan yang menurutnya menarik perhatiannya. Bagi Anda para perempuan yang ingin menjadi pusat perhatian para lelaki, ada baiknya Anda mengikuti anjuran para psikologi dari University of Rochester New York. Sering-seringlah memakai baju warna merah!

Menurut Niesta Kayser, pakar psikologi University of Rochester, para perempuan mungkin akan kelihatan sangat berjaya ketika mereka posting foto dalam pakaian merah.
Mata lelaki akan lebih tergoda apabila seorang perempuan mengenakan gaun merah. Penelitian juga menunjukkan bahawa warna merah membuat orang-orang di sekitar perempuan tersebut akan kelihatan lebih penuh perhatian, genit, dan ingin bergerak lebih dekat.

Dipetik dari rencana DailyMail, penelitian telah dilakukan bagi membandingkan respon lelaki terhadap foto seorang wanita yang mengenakan pakaian berwarna biru dan merah. Hasilnya para responden menyatakan bahawa warna merah lebih cenderung terkesan lebih genit dan menyenangkan.

Dalam pengkajian kali kedua, para responden mendapatkan kesempatan untuk berbicara dengan wanita itu ketika mereka masuk ke sebuah ruangan. Rata-rata responden lebih banyak berbicara secara dekat dengan perempuan berbaju merah. Sebagai makluman, perempuan yang mengenakan baju biru dan merah hanya satu orang.

Kayser juga menegaskan bahawa dalam dunia haiwan, warna merah sering dianggap sebagai isyarat kesuburan perempuan. Sebagai contoh kulit babun betina dan cipanzi akan nampak kemerahan saat mengalami masa ovulasi.

MORAL UNTUK AKU : Patutla kereta aku yang warna merah tu asyik orang pandang aje walaupun ia standard bagak...hahahakuketawa...!!!

4 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

My Little Diary berkata...

salam,
ok... lepas ni cari baju merah jerrr... hehe

fairusmamat berkata...

Huh.. jangan cakap manusia. Lembu jantan pon suka.

KARTUNIS CERI berkata...

Hahahakuketawa...!!!

::cikserai:: berkata...

pas ni bley la slalu pakai baju merah.. baju da banyak..hahaha

Catat Ulasan