JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Selasa, 30 November 2010

[ GOOGLE ] - MAMPU MEROSAKKAN OTAK...!!!

Google sebenarnya mampu merosakkan otak kepada para penggunanya dengan menawarkan banyak bantuan dalam memecahkan masalah, ulas seorang penulis.

"Fungsi utama dari search-engine adalah untuk menyediakan kepada kita informasi segera, yang bererti orang-orang akan kehilangan kapasiti untuk menyimpan informasi," ujar Nicolas Carr, penulis dari buku 'The Shallows: What the internet is Doing to Our Brains', seperti yang dipetik dari Telegraph.

Penulis buku tersebut mengklasifikasikan bahawa Google telah meragut kemampuan dari otak kita. Dia juga mengatakan kepada BBC bahawa salah satu impak dari internet adalah kini orang-orang semakin sukar untuk berkonsentrasi, contohnya ketika membaca sebuah buku.

Nicolas Carr, berkata bahawa untuk mengembangkan konsentrasi untuk manusia, seharusnya kemudahan seperti Google harus dibuat lebih sukar untuk digunakan, sebuah teori yang berlawanan dengan para pembuat software yang bersaing untuk membuat program mereka menjadi lebih mudah. Komentar dari Carr tersebut dilontarkan tidak lama setelah Google meluncurkan Google Instant.

"Dalam banyak cara, saya sangat mengagumi Google, tetapi saya berfikir bahawa mereka memiliki pandangan yang berbeza mengenai cara bagaimana kita harus menggunakan fikiran kita," ujar Carr.

Nicolas Carr menambahkan bahawa navigasi satelit bererti orang-orang akan dapat melupakan jalur yang mereka browse sebelumnya. Dia mengatakan bahawa ruang bahagian otak yang menyimpan memori visual akan digantikan oleh alat 'GPS'.

Sementara itu jurucakap dari pihak Google berkata bahawa pencarian di internet sekarang sudah menjadi bahagian penting dari kehidupan masyarakat. Pengguna internet ingin menemukan jawapan yang cepat atas pertanyaan-pertanyaan mereka.

"Semakin cepat kita mampu mencarikan informasi yang masyarakat inginkan, semakin banyak waktu pula yang mereka boleh lakukan untuk hal lain. Yang ada di fikiran kita, kami akan terus berusaha untuk membuat hidup dari para pengguna menjadi lebih mudah, dengan membuat search-engine kami lebih cepat dan mendapat hasil relevan dari yang dicari oleh para pengguna," tambah pihak Google.

MORAL UNTUK AKU : Patutla otak aku skang rasa makin lama makin 'blur' je...hahahakuketawa...!!!

2 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

ken berkata...

i think google is fun :)

Soleh berkata...

Teknologi berkembang dengan pesat dan komputer yang save banyak benda berbanding diri kita...mungkin..

Catat Ulasan