JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Jumaat, 26 November 2010

GARISAN COKLAT JUPITER KEMBALI TERLIHAT...!!!

Garisan coklat di Jupiter, planet terbesar di sistem suria kita, telah kembali setelah separuh musim  berlalu. Astronomi mengakui telah melihat penampakan garisan tersebut.

Garisan coklat yang bernama South Equatorial Belt (SEB) ini adalah lapisan pembalut atmosfera yang ada di bahagian selatan planet Jupiter. Beberapa waktu lalu garisan ini telah berubah warna menjadi putih.

Pada bulan November, menurut pihak University of California, pengkaji astronomi amatur, Christopher Go dari Cebu City, Filipina, menemukan bahawa sabuk SEB di planet Jupiter semakin memutih. Akan tetapi berdasarkan observasi dari teleskop besar di Hawaii menunjukkan bahawa garisan coklat pada SEB tersebut telah kembali. Demikian seperti yang dipetik dari USA Today.

"Alasan mengapa Jupiter kehilangan garisan ini, yang mengkaburkan dirinya pada garis-garis putih, adalah aliran rendah angin kering yang membuat awan coklat berada di bawah," ujar Glenn Orton dari Jet Propulsion Laboratory (JPL) di Pasadena, California.

Satu hal yang kita cari melalui sinar inframerah adalah bukti bahawa material gelap yang terlihat sebenarnya adalah awan coklat yang mulai menampakkan dirinya kembali dan itulah ketepatan garisan yang kita lihat," tambah Orton.

MORAL UNTUK AKU : Semakin hari semakin banyak perkara-perkara yang tidak terduga terlihat kepada kita...hahahakusemakinmuhasabahdiri...

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan